,
Advertorial

Hendry Charles Pengusaha Hiliran Halia Yang Berjaya Di Tambunan

Ahmad Shah
13/11/2015
00:26 MYT
Halia mempunyai banyak manfaatnya. Ia boleh dijadikan salah satu bahan di dalam makanan atau minuman.
Malah ia juga boleh menjadi komponen yang sangat penting untuk penyediaan produk kesihatan atau makanan.
Menyedari hakikat itu, seorang innovator akar umbi di sebuah bengkel kecil di Kampung Butong, Tambunan, Sabah iaitu Hendry Charles telah mengusahakan produk Hiliran Halia di tempatnya.
Beliau telah menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman yang telah menerima sijil pengesahan halal seperti halwa halia, halia madu, serbuk minuman halia, kordial halia dan sos cili halia. Beliau seterusnya telah mendaftarkan perniagaan beliau dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai Pemborong Mangkap Enterprise (PME).
Malah, beliau juga telah mengusahakan perniagaan tersebut selama tiga tahun dengan bantuan Yayasana Inovasi Malaysia (YIM), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Sirim Berhad (SIRIM). Projek ini juga merupakan satu inisiatif di bawah program 1Daerah 1Industri di Tambunan untuk mengeluarkan beberapa produk berasaskan halia.
Hendry menjelaskan, sumber ekonomi utama di Tambunan berasaskan kepada aktiviti pertanian terutamanya halia. Tetapi dengan bantuan beberapa agensi kerajaan, produk asas pertanian tersebut dapat dikembangkan menjadi produk makanan dan minuman dan dapat dikomersialkan ke pasaran tempatan.
Hendry telah menerima geran dan bantuan berjumlah sehingga RM 60,000 daripada agensi-agensi tersebut. Dengan bantuan ini, syarikat beliau kini mempunyai pekerja tempatan yang membantu dalam pengeluaran Hiliran Halia. Produk inovasi ini telah dilindungi dibawah Hak Harta Intelektual Petunjuk Geografi (GI) di bawah MyIPO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Advertorial

Sakit Hati Nak Stream X-Change Tapi Internet Slow? Tak Perlu Pening Kepala Langgan Pelan redONE Postpaid 5G SMART Untuk Telefon Pintar 5G PERCUMA Serta Data Pantas Tanpa Drama!

gempak
31/08/2024
05:55 MYT
Bayangkan tengah syok layan drama tapi internet asyik buffering, siapa je yang tak annoyed kan?
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Advertorial

Talentbank Umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, Sasar Untuk Tingkatkan Peluang Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian

gempak
05/08/2024
06:55 MYT
Talentbank, dalam menerajui dan meningkatkan daya kebolehpasaran para graduan serta menghubungkan bidang akademia dengan sektor industri, telah mengumumkan senarai yang dinantikan ramai iaitu senarai Universiti Pilihan Majikan 2024.
Advertorial

Nak Tonton Ke Kodiang With Love Dengan Barisan-Barisan Pelakon? Beli Ribena Untuk Berpeluang Memenangi Tiket Secara Eksklusif Ke Tayangan Drama

gempak
16/05/2024
13:25 MYT
Buat peminat-peminat Ke Kodiang With Love, apa persamaan Hun Haqeem dengan Ribena? Nak tahu jawapannya? Mestilah dua-dua sama-sama manis! Jadi untuk tambahkan lagi kemanisan itu, Ribena telah menjalankan satu pertandingan di mana peminat-peminat berpeluang menyaksikan tayangan Ke Kodiang With Love finale bersama pelakon-pelakon drama tersebut.