,
Laman Utama

HAWA Buat Nadiya Nissa 'Gila' Dengan Suami, Bangkitkan Rasa Rindu Hubungan Adik Beradik

Maliah Surip
22/08/2021
10:50 MYT
Pelakon Nadiya Nissa kembali mewarnai kaca televisyen dengan lakonannya yang berkaliber.
Kali ini, Nadiya terbabit dengan sebuah naskhah arahan Tam Suhaimi dengan dirinya menjadi tunggak utama drama yang diberi judul HAWA.
Menerusi HAWA, Nadiya berperanan sebagai Along, seorang isteri yang taat namun menerima 'tamparan' dengan sebuah kejadian setelah suaminya koma. Dan plot cerita pun bermula.
Menurut Nadiya, perkara yang menarik minatnya untuk terbabit dalam naskhah 13 episod ini adalah watak Along atau Kak Long yang tidak terikat seperti mesti warak atau lemah lembut serta menjaga tutur kata dan hubungan sesama keluarga.
"Tetapi bila baca balik skrip, masing masing (watak( ada sense of humor). Ada banyak warna dalam watak Kak Long. Dia juga isteri taat, diberi cabaran bahawa suami dia mungkin ada hubungan dengan orang lain," katanya.
Oleh kerana watak Along diberi kebenaran untuk 'diteroka', Nadiya mengatakan dia cuba menjadikan karakternya lebih real
"Saya boleh play Kak Long secara tak serius, fun dan tak sangat strict. Tapi bila jadi strict, ada sense of humor. Saya cuba watak yang lebih real.
"Sebelum ini saya ada thought of minda yang kak long berlapik cakap tetapi sebenanya just be real. Bila be real, mudah untuk penonton rasa," katanya lagi.
Selain konflik tersebut, kata Nadiya, apa yang disukai olehnya mengenai HAWA adalah mengenai hubungan adik beradik dalam kisah ini akan seronok ditonton.
"Penonton akan teringat adik beradik, ingat kak ngah, kak long, acu mereka. Easy to relate. Secara keseluruhan HAWA ini tidaklah drama berat tetapi mempunyai cerita perihal kekeluargaan yang biasa terjadi," katanya lagi.
Secara ringkas HAWA yang turut dibintangi Hamidah Wahab, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Yusri Saleh dan ramai lagi ini menyentuh mengenai drama komedi tentang Along yang mengetahui tentang rahsia isteri kedua suaminya dan menjadi lebih tidak terkawal apabila keluarga wanita itu semua menghadapi dilema mereka sendiri!
HAWA yang diproduksi oleh Infinitus akan mengisi malam malam anda bermula 24 Ogos ini di saluran 104 setiap pukul 10 malam menerusi slot Megadrama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pertama Kali Pegang Watak Heroin, Arabella Teruja, Sanggup Potong Rambut Pendek - “Bila Bagitahu Mak Saya Risau..”

gempak
13/08/2024
09:55 MYT
Naib Juara Hero Dewi Remaja 2023, Arabella Ellen akui teruja dapat bergandingan dengan aktor Mierul Aiman dalam naskhah terbaharu berjudul Dari Mata Turun Ke Hati.
Terkini

Hawa Rizwana Kongsi Pengalaman Beraya Zaman Kanak-Kanak - "Ada Parut Dekat Muka Sampai Sekarang Tak Hilang"

gempak
12/04/2024
00:00 MYT
Pengacara dan pelakon, Hawa Rizwana berkongsi pengalaman yang tidak pernah dilupakan sewaktu beraya di kampung ketika zaman kanak-kanak dahulu.
Gaya Hidup

Doktor Ini Dedah Kenapa Kaum Hawa Lebih Mudah Gemuk Berbanding Lelaki

gempak
10/02/2024
01:00 MYT
Seorang pegawai medik, Dr Ahmad Samhan berkongsi punca kenapa kaum hawa lebih cepat gemuk berbanding kaum lelaki.
Hiburan

Gamers Mangkuk: Ramai Suka Watak Crack Along! - “Terpaling Sulung Perangai, Apa Lawak Sangat Ni”

gempak
15/01/2024
16:05 MYT
Love along!
Laman Utama

Gen Alpha Tak Kenal Along Spoon, Tapi Rindu Serindu Rindunya Lagu Legend!

gempak
17/11/2023
06:50 MYT
Tahu lagu tak tahu penyanyi!