Hiburan
Hatsune Miku Datang Malaysia, Zizan Razak Yang Nervous!
Selebriti siber popular Jepun, Hatsune Miku bakal hadir ke Malaysia untuk mengadakan konsert Disember depan.
Konsert Hatsune Miku Expo 2017 (#MikuExpoMY) dibawa khas oleh Astro dengan kerjasama Crypton Future Media, INC.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, konsert ini bakal memberikan pengalaman baru buat peminat anime di negara ini.
“Astro begitu teruja membawakan konsert Hatsune Miki ke negara ini untuk memberikan kepuasan kepada peminatnya.
“Hatsune Miku akan memberikan pengalaman konsert terbaik di mana persembahan selebriti siber itu sememangnya bertaraf antarabangsa,” katanya.
Dalam pada itu, selebriti siber berambut biru yang berumur 16 tahun ini juga memiliki lebih 2.5 juta peminat di seluruh dunia dan 80,000 pengikut setia di Malaysia.
Menariknya, Hatsune Miku sebelum ini pernah bekerjasama dengan penyanyi popular antarabangsa seperti Pharrell Williams dan Lady Gaga.
Hatsune Miku Expo 2017 akan berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil pada 16 Disember bermula jam 8.00 malam.
Pelakon dan penyanyi Zizan Razak juga bakal membuat persembahan pembukaan bersama bintang Youtube, Chaleeda Gillbert.
Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM169, RM269, RM339, dan RM439 (tidak termasuk GST).
Tiket akan mula dijual pada 8 Oktober bermula jam 10.00 pagi manakala untuk pembelian atas talian boleh didapati melalui www.myticket.asia.
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini layari mikoexpo.com dan Miku Expo 2017 in Malaysia (facebook).
Must-Watch Video