Hiburan
Hati Telah Dimiliki, Shasha Abedul Kini Sudah Bertunang
Pelakon, Shasha Abedul berkongsi sudah mengikat tali pertunangan bersama lelaki pilihannya.
Shasha mengumumkan berita gembira itu menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagram miliknya pada Ahad.
Menurut Shasha, mereka telah mengikat tali pertunangan pada Sabtu.
“1.11.2025, hari ini kita meraikan cinta, tulus, ikhlas, tanpa syarat dan abadi.
“Detik ini menandakan permulaan sebuah perjalanan indah dengan janji untuk menghargai, menyokong bersama.
Cinta kita terpancar dalam setiap pandangan, setiap senyuman, dan setiap sentuhan,” tulisnya.
Bagaimanapun, Shasha tidak mendedahkan siapa identiti lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu.
Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan siri Project: Exit ini juga mengharapkan pertunangan ini menjadi satu kebahagian buat dirinya dan pasangan.
“Semoga pertunangan ini menjadi asas kepada sebuah kehidupan yang penuh dengan gelak tawa, kenangan yang tidak berkesudahan, dan hubungan yang paling mendalam.
“Ini untuk masa depan yang secerah dan secantik cinta kita untuk satu sama lain,” katanya.
Menjengan ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menyampaikan ucapan tahniah kepada aktres itu atas pertunangannya.
Must-Watch Video