,
Hiburan

Hati Azlan Komeng Hancur Disebabkan Nilam ...

Ernalisa
16/11/2024
10:25 MYT
Pelakon, Azlan Komeng akui sedih melihat beban yang harus ditanggung isterinya, Nur Nilam untuk menyara pendapatan keluarga.

BERKAITAN:Azlan Komeng Sedang Sesuaikan Diri Masuk 'Alam Baharu’ - “Kalau Dulu Saya Boleh Berjalan, Berlari Tapi Sekarang…”

BERITA BERKAITAN:Tiada Orang ‘Call’ & Mesej, Nur Nilam Halalkan Duit Yang Hilang Dicuri Ketika Kemalangan - “Sehingga Kini Saya Masih Belum…”

BERITA BERKAITAN:"Peluang Dia 50-50" - Isteri Kongsi Keadaan Azlan Komeng, Berkemungkinan Lumpuh

Mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga, Azlan berkata hatinya seolah meronta-ronta untuk mengambil kembali tanggungjawab itu.
"Ya Allah..isteri saya itu dahlah kecil molek. Jadi bila kita tengok dia buat kerja-kerja yang lebih kepada mencari nafkah,terus terang saya kata hancurnya hati saya lihat dia buat semua kerja seorang diri. Semua kerja saya dia dah ambil.
"Memang Nilam pun tahu saya ini jenis suami macam mana, kalau pergi belanja satu beg plastik pun saya tak bagi Nilam pegang. Saya cuma bagi dia bawa handbag dia sahaja.
“Bertahun-tahun saya macam tu.Itu memang perangai saya. Dari segi kerja rumah pun memang isteri saya tahu,semuanya saya akan buat untuk tolong dia.
“Jadi macam mana perasaan lelaki saya bila lihat isteri sendiri buat semua seorang? Sedangkan kita tahu sebagai suami itu semua kerja kita.Hancur sangat-sangat. Hancur tak terkata.Tuhan sahaja yang tahu.
"Jiwa saya sebagai lelaki sebenarnya meronta-ronta.Tapi saya tak nak tunjuk depan Nilam.Saya tak nak Nilam ikut sedih" katanya kepada Gempak.
Tambah Azlan, hatinya lebih tersentuh apabila isterinya yang bertubuh kecil itu mampu melakukan segalanya ketika dia terlantar di rumah.
"Saya kenal Nilam.Saya ini sebagai lelaki dan suami kalau lihat Nilam bawa kereta pun bagi saya itu dah cukup bagus sebagai seorang wanita.
"Bayangkan..saya yang hanya mampu terbaring, Nilam mampu angkat saya untuk sandarkan pada badan atau tahan guna tangan dia apabila nak bersihkan badan saya.

"Bila nampak kesugguhan Nilam tu dalam hati saya 'kuat juga bini aku ni.

"Bukan senang ya nak uruskan orang sakit macam saya ini, terbaring je. Sebab hanya tangan kanan saya sahaja yang boleh begerak. Badan saya yang lain ni dah rasa kebas-kebas sebenarnya," katanya.

Ditanya mengenai harapannya, Azlan memberitahu, dia kini reda dengan ujian yang dihadapi.

12 Oktober lalu Azlan Komeng bersama isteri Nur Nilam Ortiz terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis ketika dalam perjalanan ke tapak perniagaan festival makanan. Akibat kemalangan yang dialami,Azlan Komeng mengalami kecederaan parah dibahagian kaki dan tulang pinggul.
Dia juga dikatakan berisiko lumpuh sekiranya tidak mendapatkan rawatan sewajarnya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Azlan Komeng Sedang Sesuaikan Diri Masuk 'Alam Baharu’ - “Kalau Dulu Saya Boleh Berjalan, Berlari Tapi Sekarang…”

gempak
15/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Azlan Komeng sedang menyesuaikan diri menjalani kehidupan yang baharu disebabkan dirinya hanya terbaring di atas katil berbanding sebelum ini dilihat agresif ke sana sini.
Hiburan

Hafiz Suip Fokus Jaga Ibu Terlantar Sakit, Terpaksa Berenggang Sekejap Dengan Isteri - “Bagi Saya Semua Ini…”

gempak
15/11/2024
02:26 MYT
Penyanyi Hafiz Suip memaklumkan dia kini lebih selesa menetap di kampung halamannya iaitu Kuching, Sarawak bagi menjaga ibunya.
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Hollywood

Hugh Jackman Curang Sampai Cerai, Isteri Penulis Skrip Jadi Penyondol

gempak
13/11/2024
13:59 MYT
Aktor berprolifik Hugh Jackman kini menjadi bualan hangat di Hollywood kerana didakwa curang sebelum bercerai dengan isterinya, Deborra-lee Furness.
Viral

Syifa Melvin Nasihat Kaum Isteri Berhenti ‘Spotcheck’ Telefon Suami - “Jaga Mental Sendiri Tapi Bukan Dengan…”

gempak
13/11/2024
00:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Syifa Melvin memberitahu dia kurang bersetuju dengan tindakan segelintir wanita terutama bergelar isteri yang gemar memeriksa telefon bimbit suami mereka.
Unitar