,
Laman Utama

Hasrat Wings Kerjakan Umrah Berlima Tercapai, Peminat Titip Doa Agar Selamat Sampai & Pulang

Shahrin Zulkifle
17/11/2022
05:30 MYT
Kumpulan rock lagenda Wings dikhabarkan sudah pun berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah pada Rabu petang.
Menerusi satu hantaran di Instagram rasmi kelab peminat kumpulan tersebut, Sayap-Sayap Wings berkongsi beberapa gambar memaparkan ahlinya iaitu Datuk Awie, Blak, Eddie, Syam dan Edrie yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pada hantaran berkenaan, Wings memohon doa daripada orang ramai agar ibadah Umrah mereka dipermudahkan.
“Segala puji bagi Allah atas nikmat yang diberi, semoga Wings peroleh Umrah yang maqbullah, Allahumma Amin.
“Doakan urusan Wings disana dipermudahkan dan dapat menunaikan ibadah Umrah dengan sempurna,” tulisnya pada kapsyen.
Sementara itu, menerusi muat naik terbaharu di Instagram milik Awie, dia turut berkongsi beberapa foto bersama ahli keluarga dan peminatnya sewaktu berada di KLIA buat tatapan umum.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya menyampaikan ucapan selamat dan mengirimkan doa buat kumpulan rock tersebut agar ibadah Umrah mereka dipermudahkan.
Terdahulu, Awie memaklumkan kepada Gempak bahawa mereka berlima sudah pun lama merancang untuk mengerjakan ibadah Umrah bersama-sama.
Jelas Awie, hasrat mereka untuk ke Tanah Suci Mekah akan dilakukan usai menjayakan Konsert Naga Kramat mereka yang telah pun berlangsung pada 22 Oktober lalu.
BACA: Pertama Kali Tunai Umrah Berlima Lepas Konsert Naga Kramat, Wings Mahu ‘Berehat’?
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

gempak
05/09/2024
17:05 MYT
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
Hiburan

"Tentang Kisah Suami Yang Kuat & Taat Jaga Isteri" - The Voltage Lancar Lagu Rock 'Aku Lelaki'

gempak
17/08/2024
13:41 MYT
Kumpulan rock, The Voltage tampil dengan single bergenre rock berjudul ‘Aku Lelaki’.
Sukan

Olimpik Paris 2024: "Saya Dah Janji Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah" - Shah Firdaus

gempak
11/08/2024
18:48 MYT
"Saya dah janji nak bawa ibu bapa pergi Umrah," kata pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, yang terkilan tidak dapat membawa pulang pingat buat Malaysia dari Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun peluang itu sudah berada di depan matanya.
Hiburan

Jennifer Coppen Sebak Ustaz Derry Sulaiman Ajak Laksanakan Ibadah Umrah, Mahu Berangkat September Ini

gempak
08/08/2024
05:55 MYT
Susulan pemergian arwah suaminya, Dali Wassink, pelakon Jennifer Coppen dijemput untuk melaksanakan ibadah umrah oleh Ustaz Derry Sulaiman.