,
Hiburan

Hasrat Sufian Suhaimi Nak Kahwin Tak Kesampaian - “Mana Ada Orang Nak Perdagangkan Cinta…”

Gempak
02/04/2024
02:25 MYT
Impian penyanyi Sufian Suhaimi untuk berkahwin pada tahun ini nampaknya tidak tercapai apabila hubungannya dengan wanita bernama Rania Al-Sadat sudah berakhir.
Cincin risik sudah dipulangkan, Sufian turut menjelaskan keputusan itu dibuat secara bersama dan menganggap apa yang jadi disebabkan mereka tidak lagi sehaluan.
“Kami masih berkawan cuma hubungan merisik tu dah tiada dah. Tapi semua pihak menerima dengan hati yang terbuka dan tiada rasa dendam.
“Keputusan tersebut adalah keputusan bersama. Kami tiada bergaduh ke apa sebab kalau ikutkan nak nikah dari tahun lepas cuma ada perkara yang kami rasa perlu bincangkan sebab kami fikir perkahwinan bukan perkara boleh buat dengan tergesa-gesa.
“Boleh dikatakan tidak sehaluan tapi tidaklah sehingga bergaduh besar. Tiada punca orang ketiga dan pulangkan cincin tu sewaktu minggu kedua bulan Ramadan.
“Tiada satu penyesalan pun... Siapa tahu jodoh di tangan Tuhan kemungkinan kita akan bahagia bersama-sama kami pun tak tahu,” jelasnya.

Hubungan Cinta Bukan Konten

Dalam pada itu, Sufian turut menegaskan hubungan cintanya dengan wanita itu bukan hanya sekadar konten sahaja untuk kekal relevan dalam industri.
“Siapa yang cakap percintaan saya ni konten semata-mata tak baiklah. Sebab mana ada orang nak memperdagangkan cinta terutama saya yang tak suka berkongsi masalah peribadi.
“Jauh sangat untuk saya ketengahkan hubungan cinta sebagai teknik pemasaran atau cara kekal relevan dalam industri. Tak pernah terlintas dan takkan buat,” katanya.
Sebelum ini, netizen mula membuat spekulasi hubungan mereka apabila mendapati Rania dan Sufian tidak lagi mengikuti akaun masing-masing di Instagram.
Pada Oktober tahun lalu, Sufian menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania.

BERITA TRENDING: Dah ‘Unfollow’ Satu Sama Lain, Hubungan Sufian Suhaimi & Rania Berakhir?

BERITA TRENDING: Individu Tuntut Hutang ‘Abang’ Kekasih Sufian Suhaimi RM12,000 - “Dia Tak Ada...”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.