,
Laman Utama

Hashtag #SiBodohKauDengarSini Tiba-Tiba Trending Di Twitter? Apa Pula Kes Ni?

Hanafis Haris
18/01/2021
11:12 MYT

Laman media sosial Twitter sekali lagi kecoh apabila satu hashtag atau tanda pagar secara tiba-tiba viral dan trending.Tanda pagar tersebut adalah #SiBodohKauDengarSini dan sehingga artikel ini ditulis ia telah digunakan sebanyak lebih 10,000 kali.

Menerusi pemantauan Gempak, tanda pagar tersebut mula viral selepas ia diambil daripada posting seorang pengguna Twitter.

Menerusi posting tersebut, gadis berkenaan pada awalnya menempelak sistem tempoh perniagaan yang beroperasi daripada 11 pagi hingga 8 malam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Si bodoh, kau dengar sini. Dengan business hour dari 11 pagi hingga 8 malam tu seluruh rakyat Malaysia ni order dalam tempoh itu.

“Kau tahu tak sampai ‘hang’ mesin foodpanda dan grab tu. Orang balik kerja tak ada masa nak masak sebab awal pagi dah kena pergi kerja,” katanya.

Posting berkenaan viral dan kemudian ayat ‘Si bodoh kau dengar sini’ terus dijadikan tanda pagar.

Ada yang keliru dan tidak kurang juga tertanya-tanya mengapakah tanda pagar itu viral.

Anda boleh lihat posting asal yang mencetuskan kemeriahan tersebut.

Artikel ini tidak mewakili atau mencerminkan pandangan Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.