,
Hiburan

Hashmitha Selvam Bersyukur Takkan Kembali Dapat Reaksi Positif

Kamaruddin Razal
08/04/2019
19:41 MYT
Di sebalik beberapa kejadian misteri yang berlaku sepanjang proses pembikinan dan promosi single Takkan Kembali, penyanyi baru Hashmitha Selvam bersyukur kerana mendapat maklum balas yang baik dari orang ramai.
Bernaung di bawah kelolaan syarikat rakaman Datu Entertainment, ramai pihak yang mengalu-alukan kehadiran Hashmitha dalam industri muzik Melayu tempatan.
BACA: Menyeramkan! Netizen Terdengar Bisikan Misteri Dalam Muzik Video Lagu Penyanyi Baru... Biar Betul?
BACA: "Gangguan Misteri Bukan Gimik!" - Hashmitha Selvam
"Walaupun banyak perkara yang tak terduga terjadi, saya turut terharu kerana menerima komen positif orang ramai, terutamanya dari pencinta muzik.
"Menerusi komen yang diberikan netizen di muzik video Takkan Kembali, rata-ratanya mengalu-alukan kehadiran saya sebagai penyanyi berbangsa India yang menyanyikan lagu berbahasa Melayu," kata Hashmitha.
Dalam pada itu, kakak kepada bintang cilik kelahiran Ceria Popstar Kashika Selvam ini turut mahu menjadikan perkara terbabit sebagai pembakar semangat untuk berusaha dengan lebih kuat.
"Komen yang baik membuatkan saya lebih bersemangat. Sudah tentunya saya berharap tuah single pertama ciptaan Hadi Rumnan dan Iman Imran ini agar ia menjadi landasan terbaik untuk memperkenalkan bakat saya sebagai penyanyi baru," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Gangguan Misteri Bukan Gimik!" - Hashmitha Selvam

gempak
04/04/2019
10:02 MYT
Hiburan

Selepas Viral Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza, Hashmitha Selvam Dilamar Rakam Lagu Melayu

gempak
14/02/2019
11:51 MYT