HIBURAN
Hariz Hamdan Cemas Berdepan Gempa Bumi Di Thailand - “Sumpah Rasa Gegaran”
Pelakon, Hariz Hamdan berdepan detik cemas apabila merasai gegaran gempa bumi yang berlaku di Bangkok, Thailand pada Jumaat.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hariz berkongsi rakaman video yang memaparkan semua pengunjung keluar dari bangunan di sebuah pusat beli belah.
Menurut Hariz, dia yang ke Bangkok atas urusan kerja bersama pengurus itu terus menyelamatkan diri untuk keluar dari pusat beli belah tersebut selepas merasai gegaran.
“Gempa bumi dekat Thailand. Semua orang lari. Sumpah rasa dia punya gegaran.
“Saya dan @fahmiemuslim baru nak shopping dekat mall and then suddenly things were shaking like hell.
“Saya fikir saya akan pening pada mulanya tetapi sebaik sahaja saya melihat lampu mula bergerak, keadaan menjadi nyata,” kongsinya.
Tambah Hariz, dia kini berada di luar bangunan dan masih menantikan kenyataan daripada pihak kerajaan Thailand untuk membenarkan orang ramai masuk ke bangunan.
"Sekarang semua orang berada di luar bangunan.
"Saya juga taidak boleh pulang ke hotel, pihak hotel ada maklumkan bangunan mereka juga alami keretakan susulan gempa itu.
"Saya takut juga sebenarnya. Sekarang kami sedang tunggu kenyataan dari pihak kerajaan Thailand untuk diberi kebenaran masuk ke bangunan," katanya kepada Gempak.
Hariz turut berkongsi rakaman video yang memaparkan dia berjaya keluar dari bangunan pusat beli belah tersebut.
Menurut laporan media, gempa bumi kuat berskala 7.7 skala ritcher telah melanda bahagian tengah Myanmar pada Jumaat dengan gegaran dirasai di China dan Thailand.
Di Bangkok, ratusan orang keluar dari bangunan dalam keadaan panik.
Must-Watch Video