,
Hiburan

Harith Iskander Pelik Didakwa Curang, Model Cantik Rupanya Kenalan Dr Jezamine - “Saya Kenal Pun Tidak”

Firdaus
31/07/2024
08:25 MYT
Bekas isteri pelakon dan pelawak, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim menepis spekulasi yang mendakwa perceraian mereka disebabkan kerana seorang model.

Tiada Isu Curang

Menurut Jezamine dirinya memang mengenali model tersebut namun bukan sebagai kenalan rapat.

"Itu hanya spekulasi, jangan ambil serius...

Tambahnya lagi, isu berkenaan seolah-olah sengaja ditimbulkan oleh segelintir pihak bagi meraih perhatian di saat berita perceraian mereka hangat diperkatakan.
"Itu hanya spekulasi, jangan ambil serius. Janganlah tumpu perhatian pada dia, buang masa saya saja. Kenal-kenal gitu saja. Bukan kawan, jumpa di acara, hai hai gitu.
"Pada saya, bila isu ini mendapat perhatian media, ramai yang nak mengambil kesempatan. Jadi, sekarang ini saya dah tahu siapa kawan yang sebenarnya dan siapa yang mahu meraih perhatian media," katanya.

BERITA TRENDING:Harith Iskander Sah Cerai Talak Satu, Tetap Jalinkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri - “Punca Dia, Biasalah Tiada Persefahaman…”

​BERITA TRENDING:Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

​BERITA TRENDING:Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”

​BERITA TRENDING:Kelihatan Tenang Sebaik Sahaja Bercerai, Dr Jezamine Titip Pesanan Untuk Wanita Di Luar Sana - “Jangan Jangkakan Suami Anda Akan Menjadi…”

Sementara itu, Harith mengakui tidak tahu menahu tentang spekulasi curang yang melibatkan dirinya.
"Ada orang cuba nak dapat perhatian terhadap isu rumah tangga kami. Bagi saya perkara itu dah biasa dan isu ini akan panas sekejap. Saya kenal orang (model) tu pun tidak," jelas Harith.
Jezamine dan Harith berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas perbicaraan kes hadanah dan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ketika ditanya adakah model berkenaan ada menghubunginya selepas gosip itu timbul, usahawan berusia 41 tahun itu berkata dia tidak mahu berhubung dengan mana-mana individu yang mendatangkan aura negatif dalam kehidupannya.
Terdahulu, Harith sah bercerai talak satu dengan isteri, Dr Jezamine Lim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada jam 12.05 tengah hari, Khamis.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Dr Jezamine pada bulan lalu.
Untuk rekod, Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Hiburan

"Tiada Apa Pun Yang Berlaku" - Heliza Nafi Rumah Tangga Berantakan, Masih Jalani Kehidupan Suami Isteri

gempak
21/11/2024
10:24 MYT
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi menolak dakwaan rumah tangga dengan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sedang bergolak dan berdepan masalah.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Unitar