Hiburan

Harith Iskander Kongsi Asam Garam Dalam Rumah Tangga - “Bukan Nak Kata Tiada Gaduh, Ada Tapi…”

gempak
Ainun
06/12/2024
13:25 MYT
Sponsor Banner
Harith Iskander Kongsi Asam Garam Dalam Rumah Tangga - “Bukan Nak Kata Tiada Gaduh, Ada Tapi…”

Sama seperti pasangan suami isteri yang lain, pelawak Harith Iskander mengakui dia dan Dr. Jazemine Lim pernah bergaduh ketika masih hidup bersama namun memilih untuk tidak berkongsi kepada umum.

Menurut Harith, keputusan untuk bercerai itu dibuat selepas mengambil kira apa yang berlaku dalam rumah tangga selama 14 tahun.
“Bukan nak kata tiada gaduh, ada gaduh tetapi pergaduhan itu mungkin tidak sampai tahap semua orang perlu tahu.

“Perkara ini (perceraian) bukan terjadi sekelip mata, ia mengambil masa bertahun-tahun tentu ada masa kami baik ada masanya tidak. Apa yang dilihat sekarang adalah hasil daripada ombak badai selama beberapa tahun. Saya rasakan ini yang terbaik,” katanya kepada Gempak.

Harith Iskander ditemui di Dewan Filharmonik Petronas pada sidang media DFP Punchline: Harith Iskander, baru-baru ini.

Pada masa yang sama, pelawak itu juga mengambil langkah matang dengan tidak mendedahkan sebarang cerita selepas perceraian berlaku.
Hal ini kerana dia bimbang tersalah cakap kepada pihak luar, yang mungkin akan memalukan anak-anaknya.
“Sesetengah perceraian masih panas lagi jadi sebab itu ada kata-kata atau cerita terkeluar. Bagi saya, saya rasa lebih baik bertenang dahulu sebelum keluarkan kenyataan yang tak patut.
“Anak-anak kami pun baca internet, mereka pun tengok apa yang berlegar media sosial. Walaupun kami nak sorokkan dari mereka pun mungkin kawan kawan mereka akan baca dan tunjuk kepada mereka.
“Kami dah berbincang dengan anak-anak mungkin akan ada berita mengenai perkara itu supaya mereka bersedia dan faham dengan situasi kami,” jelasnya.
Namun begitu, Harith juga akui hubungannya bersama bekas isteri berada dalam keadaan yang baik dan mereka juga menjaga anak-anak bersama.
“Sejujurnya, ia baik-baik saja. Kami bersahabat baik. Kami pun sama-sama menjaga anak. Buat masa sekarang semua okay.
“Anak kami pun masih muda, dan apa yang paling mustahak mereka tidak perlu memilih sama ada bapa atau ibu. Kami berdua sentiasa ada untuk mereka,” kongsinya.
Sekadar info, Harith Iskander telah melafazkan cerai talak satu ke atas bekas isterinya, Dr. Jasmine pada 25 Julai yang lalu. BERITA TRENDING: Sweet! Aksi Spontan Lisa Surihani Berlari Lap Peluh Yusry Buat Ramai Cair – “Beruntungnya, Semoga Sampai Ke Jannah”

BERITA TRENDING: Luahan Hati Suami Kiah Propa Buat Pak Azad & Nabil Ahmad Menangis - “Semoga I Sihat Kembali, Kita Hidup Bahagia Semula”

BERITA TRENDING: Penyanyi Rap Dakwa Dirakam Secara Rahsia Oleh Pegawai PBT Di Pusat Urut, Bengang Bagi Alasan SOP - “Ini Aib Aku Lah Gila”

BERITA TRENDING: Selepas 8 Tahun, Che Ta Kembali Jadi Wajah Utama MINAZ Blooming Raya - "Aura Tak Pernah Pudar, Ia Satu Penghormatan Terhadap ..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024