,
Hiburan

Harissa Adlynn Pengsan Beberapa Kali Demi Menjayakan Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Gempak
28/06/2024
13:55 MYT
Pelakon Harissa Adlynn mendedahkan banyak cabaran yang terpaksa dilalui ketika membawakan watak Intan menerusi drama siri Dedaun Hijau Di Angin Lalu.
Menurut Harissa, watak tersebut menuntutnya untuk bermain dengan emosi, selain kekuatan ketahanan fizikal yang tinggi.

Pengsan

“Saya membawakan watak Intan Samad dalam drama ini. Menyebut tentang cabaran dalam drama, ada sekali saya pengsan di set. Waktu itu kami ada penggambaran di Sungai Besar, jadi kami ‘out station’ ke sana.

“Boleh dikatakan sepanjang seminggu tu, memang sangat mencabar adegan-adegannya dari segi fizikal. Badan saya jadi penat kerana memang banyak adegan menangis. Terlalu banyak menangis sampai saya tidak boleh kawal emosi.
“Sampailah adegan akhir, saya kena menangis dan kemudian saya pengsan. Saya sedar dan nangis balik dan kemudian pengsan lagi. AKhirnya saya pengsan di last scene dan tidak sedar apa-apa. Saya dibawa balik oleh pembantu saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: #GTheUntoldStory: Semangat Merdeka Jagoan Sukan Jojo Ghazali, Lego Sam, Iman Hakim & Sharul Aimy!

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Jadi Cameo Dalam Drama, Sharul Aimy Tak Tolak Terjun Ke Bidang Seni, Tapi…

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Sombong & Tak Layan Peminat Secara Sama Rata, Ini Respons Sharul Aimy

ARTIKEL BERKAITAN: Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan

ARTIKEL BERKAITAN: “Masya-Allah Ciptaan Tuhan” - Sharul Aimy Buat Ramai ‘Melting’, Pengulas Sukan Pun Cair?

Dedaun Hijau Di Angin Lalu mengisahkan tentang Intan Samad lakonan Harissa Adlynn yang terpaksa menjalani kehidupan yang penuh derita. Intan bagaimanapun terpaksa berkahwin dengan seorang doktor muda, Assad Effendi (Redza Rosli) gara-gara satu kejadian malang.
Intan mengimpikan dia akan hidup bahagia bersama suaminya tetapi sebaliknya terjadi. Perasaan dendam dan tidak puas hati Assad tiba-tiba hilang apabila melihat isterinya berterusan dan tetap tabah menghadapi segala perlakuan kasar yang diberikan kepadanya.
Kerana ego Assad, dia masih mahu memendam perasaannya. Kesabaran Intan ada hadnya. Dia melarikan diri dari suaminya. Adakah Assad berjaya mendapatkan hati Intan kembali atau Assad akan hilang Intan selamanya?
Dedaun Hijau Di Angin Lalu bakal disiarkan pada 1 Julai depan, 10 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.