,
Hiburan

Hargai Peminat! Syahmi Sazli Bakal Muncul Dengan Karya Terbaru, Mael Totey The Movie 22 Oktober Ini!

Hanafis Haris
19/10/2020
14:11 MYT
Sokongan peminat yang tidak henti menyokong drama spontan di YouTubenya menjadi pemangkin semangat buat pengarah muda Syahmi Sazil untuk tampil dengan ‘buah tangan’ lebih menyengat menerusi Mael Totey The Movie (MTTM).
Masih mengangkat genre drama komedi sebagai ‘rencah’ utama filem ini, MTTM akan menemui penonton di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini.
Menurut Syahmi, watak utama dalam MTTM akan dibawa oleh dirinya sendiri selain turut mengekalkan Yoe Parey dan Asif Suhaimi.
“Sebelum ini saya ada terlibat sebagai pelakon dalam sebuah filem. Bermula dari situ, rata-rata peminat memberi galakan untuk hasilkan filem saya sendiri.
“Kebetulan memang sudah ada idea asal Mael Totey tetapi ia untuk drama bersiri bagi tayangan di televisyen.
“Selepas berbincang, akhirnya karya ini diangkat menjadi filem. Perasaan saya sangat gementar kerana ini adalah kali pertama mengarahkan filem dan berlakon sekali,” katanya.
Dalam pada itu, Syahmi juga meluahkan rasa gembira kerana berpeluang untuk bekerjsama lebih rapat dengan barisan kru berpengalaman luas dalam penghasilan filem.
“Semoga filem pertama arahan saya ini dapat diterima penonton dan mampu menjadi pemangkin buat saya bersama tenaga produksi untuk terus berkarya,” katanya.
Sementara itu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, jika sebelum ini peminat hanya dapat menyaksikan drama spontan lakonan Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif hanya di platform media sosial tetapi kali ini mereka boleh menonton lebih lama dengan kualiti filem.
“Ini adalah sesuatu yang baharu buat industri perfileman di mana YouTuber beralih ke skrin yang lebih besar seperti filem.
“Kreativiti Syahmi dalam menyampaikan penceritaan membuatkan penonton sering menanti karya seterusnya.
“Keterujaan tersebut bukan sahaja dapat dilihat menerusi respon daripada video pendek yang dihasilkan sebelum ini, tetapi juga menerusi video teaser filem MTTM yang telah dikongsikan di platform media sosial pada minggu lalu.
“Video tersebut telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Ramai peminat dan penonton meluahkan rasa teruja.
“Kami harap penonton dapat berhibur dengan MTTM, lebih-lebih lagi dapat mengisi masa buat mereka yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan Astro Shaw, hari ini.
Untuk makluman, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.
Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.