,
Hiburan

Hargai Orang Ramai, Rosyam Tawar Baucar Hadiah RM100,000 Buat Pelanggan Pasar Raya Miliknya

Amri Hassan
23/10/2023
10:47 MYT
Sedia maklum, aktor terkenal negara, Datuk Rosyam Nor telah pun membina empayar perniagaannya dengan mengusahakan rangkaian pasar raya yang dinamakan ST Rosyam Mart.
Setelah lima tahun beroperasi menerusi pembukaan tujuh cawangan di sekitar Lembah Klang, kini ST Rosyam Mart tampil menawarkan hadiah dalam bentuk baucar tunai bernilai RM100,00 kepada pelanggan bertuah.
"Syaratnya mudah saja, pelanggan harus menjadi ahli dengan mendaftar menggunakan aplikasi ST Card.
"Kemudian, berbelanja di pasar raya ST Rosyam Mart dengan nilai minimum RM200 sebulan dan selepas itu, anda layak menyertai peraduan ini.
"Namun diingatkan, pembelian barang-barang subsidi kerajaan seperti beras, minyak masak dan seangkatan dengannya tidak diterima," memetik kenyataan yang dikeluarkan.
Menurut kenyataan itu lagi, peraduan Peraduan Beli & Menang Baucar Hadiah RM100,000 tersebut akan berlangsung selama tiga bulan bermula Oktober ini hingga Disember hadapan.
Senarai nama pelanggan yang telah dipilih selaku pemenang bulanan akan diumumkan di sosial media rasmi ST Rosyam Mart dan ST Food Mart.
Mengulas lanjut, hadiah baucar tunai yang ditawarkan dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk pemenang utama dan pemenang saguhati pada setiap bulan.
Justeru, pihak ST Rosyam Mart mengalu-alukan penyertaan orang ramai terutama daripada para pelanggan setia mereka, sekali gus merebut tawaran menangi baucar tunai dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.
Untuk menyemak senarai lokasi premis cawangan, sila layari laman sesawang www.sriternak.com atau ikuti laman sosial rasmi mereka di semua platform sedia ada.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.