Hiburan
“Harap Mati Jatuh Tangga Patah Tengkuk”- Suami Emo, Geram Tengok Watak Lakonan Dynas Mokhtar
Pelakon Dynas Mokhtar mendedahkan gelagat suaminya, Shazrik Din sewaktu menonton lakonannya dalam drama berjudul Korban Kasih.
Dynas berkongsi kisah tersebut menerusi posting terbaharunya hari ini.
Menurut Dynas, suaminya begitu beremosi sewaktu menonton lakonannya sehingga mendoakan sesuatu yang buruk menimpa watak ‘Nor’ itu.
“Ramai yang emo tengok cerita Korban Kasih ni termasuk lah suami kesayangan saya. Dia siap cakap dia harap Nor mati jatuh tangga patah tengkok. Since Nor sakit ni pun dia siap bersorak keriangan macam dia tengok bola!” kongsinya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga memberikan reaksi yang sama seperi Shazrik.
Tidak kurang juga ada yang memuji keberkesanan lakonan Dynas menerusi drama tersebut.
“Saya tengok sahur sis. Sakitnya hati macam nak tampar muka Nor tu,” komen @ir_nurulhanna
“Memang geram betul tengok si Nor ni. Gembiranya hati bila tengok dia sakit,” tulis @azrulezani
Selain Dynas, drama tersebut juga turut dibintangi oleh Azrel Ismail, Saharul Ridzwan dan Zara Zya.
Must-Watch Video