,
Hiburan

“Harap Bersabar Ya, Video Fizi Mohon Maaf Sedang Dalam Pembikinan” – Pengarah Urusan Les’ Copaque

Fiza Kamarudin
29/05/2020
11:09 MYT
Pengarah Urusan Les’ Copaque Burhanuddin Md Radzi memberitahu video permohonan maaf Fizi sedang dalam proses pembikinan.
Burhanuddin berkata, platform untuk penyiaran permohonan maaf tersebut tertakluk kepada stesen penyiaran MNCTV, Indonesia.
"Fizi sendiri yang akan memohon maaf kerana dia mencetus kemarahan peminat siri animasi Upin & Ipin. “Semoga selepas ini netizen akan kembali tenang dan cooldown,” katanya.
Sebelum ini penonton siri animasi popular itu menggesa penerbit Upin & Ipin membuat permohonan maaf kerana kontroversi dicetuskan Fizi dalam episod berjudul Syahdunya Syawal yang disiarkan pada Hari Raya pertama di saluran MNCTV, Indonesia.
Dialog Fizi yang menjawab persoalan Upin dan Ipin mengenai syurga sekiranya ibu sudah meninggal dunia turut mencetuskan perbalahan di laman sosial.
Tambah Burhanuddin babak tersebut diwujudkan untuk menjawab persoalan sesetengah masyarakat mengenai di mana syurga buat anak yatim. “Niat Les’ Copaque hanya untuk memberi ruang kepada masyarakat mengupas mengenai isu tersebut dan setakat ini ada beberapa pihak memberi kupasan yang baik tentangnya.
“Ini bermakna reaksi terhadap dialog Fizi itu membuktikan siri animasi Upin & Ipin dekat di hati peminat termasuk di Indonesia.
"Sekalipun karakter animasi ciptaan manusia, apa yang dipersembahkan seolah-olah mereka wujud di alam realiti,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Seakan Tenang Berdepan Kontroversi, Alif Teega Sibuk Urus Perniagaan - “Fokus, Sikit Lagi Doakan..”

gempak
02/09/2024
21:55 MYT
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, pempengaruh Alif Teega kekal tenang berkongsi aktiviti seharian selepas berita mengenai isterinya, Aisyah Hijanah yang memfailkan permohonan perceraian hangat diperkatakan di media sosial.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.