COVID-19
"Harap Ada Versi Live Selepas PKP" - Puji Lagu Best! Netizen Nak Dengar Artis Buat Show Nyanyi Lagu Tribute Sentiasa Di Sini Atas Pentas
Lagu tribute Sentiasa Di Sini benar-benar menyentuh hati ramai pihak dengan keindahan lirik dan melodinya.
Rata-rata yang mendengar lagu ciptaan Noh Salleh dan AG Coco itu menyifatkan ia sebuah karya yang cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.
Bahkan, ada juga yang mengharapkan lagu tersebut dapat dipersembahkan dalam versi live di atas pentas pula selepas ini.
"Saya harap akan ada versi live lagu ini selepas Perintah Kawalan Pergerak. Di atas sebuah pentas besar," tulis Redzwan Majid menerusi ruangan komen muzik video Sentiasa Di Sini di Youtube.

Lagu yang diterbitkan oleh Astro Gempak itu merupakan sebuah naskhah yang menampilkan gabungan suara 26 penyanyi tempatan.

Jadi, apa kata, jom sama-sama kita layan seketika muzik video Sentiasa Di Sini yang cukup istimewa buat kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Must-Watch Video