,
Hiburan

Haram Juara AJL 33

Kamaruddin Razal
03/02/2019
16:23 MYT
Lagu Haram ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini bersama Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara 33 (AJL 33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.
Lagu Bunga nyanyian Ara Johari berjaya mengungguli tempat naib juara manakala lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar berada di tempat ketiga.
Misha turut berjaya meraih trofi Vokal Terbaik manakala Sufian Suhaimi yang menyampaikan lagu Di Matamu berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik.
AJL 33 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad bersiaran pada jam 9 malam di TV3 manakala acara karpet merah yang berlangsung sebelum AJL 33 diacarakan oleh Shuk Sahar dan Kaka Azraff.
Berikut merupakan keputusan penuh AJL 33:
Juara: Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (Hael Husaini & Ezra Kong)
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM50,000 bersama trofi.
Naib Juara: Bunga - Ara Johari (Hang Nadim, Laq & Kadok / Hang Nadim)
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM35,000 bersama trofi.
Tempat Ketiga: Sampai Bila - Misha Omar (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya & Shah Shamshiri)
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM20,000 bersama trofi.
Vokal Terbaik: Misha Omar - Sampai Bila
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi.
Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi - Di Matamu
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi dan telefon pintar kamera kuad Samsung Galaxy A9.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sandera Raih Maklum Balas Positif, Mila Jirin Janji Untuk Kembali Aktif Dalam Bidang Nyanyian

gempak
19/05/2024
11:55 MYT
Agak lama tidak muncul dengan buah tangan baharu, penyanyi Mila Jirin tampil dengan single terkini berjudul Sandera.
Hiburan

Perbezaan Markah Tipis Dengan Sutera, Ini Antara Keistimewaan Lagu Hasrat - “Naskhah Yang Terngiang-Ngiang…”

gempak
05/03/2024
12:55 MYT
Dua dua lagu pun power!
Hiburan

Shiha Zikir Tak Tiru Persembahan Artis K-pop - "Mungkin Kebetulan, Kalau Kita Berdiri Menyanyi Pun Semua Orang Buat"

gempak
05/03/2024
02:55 MYT
Shiha Zikir tak tiru mana-mana artis
Hiburan

“Kita Tak Tahu Apa Yang Berlaku Pada Badan…” - Terlalu Penat Di AJL38, Aisha Retno Kena Panic Attack

gempak
04/03/2024
07:55 MYT
Persembahan Sutera memang power dekat AJL38.
Hiburan

“Banyak Masuk Pertandingan Tapi Tak Pernah Ada Nombor Pun…” - Amir Jahari Terkejut Dinobat Juara AJL38

gempak
04/03/2024
01:57 MYT
Tahniah Amir, memang layak menang.