gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Dari Runway Ke Ruang Makan, Rico Rinaldi Bawakan Serinity Lengkapkan Dekorasi Rumah
HIBURAN
Halim & Kmy Kmo Tampil Dengan 'Layar Boneka', Lagu Sarat Emosi, Sindiran & Perjuangan Diri
HIBURAN
Niat Nak Shopping Di Tempat Aliff Syukri Tapi Penampilan Syanie Pula Jadi Perhatian Netizen - “Seriuslah Dah 51? Tak Nampak Langsung, Comelnya Awet Muda”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

'Haqeem & Luqman' Jadi Rebutan Anak Dara...Fuhh! Makin Panas Angkara Cinta Ni!

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
24/11/2020
05:51 MYT
Sponsor Banner
'Haqeem & Luqman' Jadi Rebutan Anak Dara...Fuhh! Makin Panas Angkara Cinta Ni!
Baru 16 episod bersiaran, nampaknya drama bersiri Angkara Cinta lakonan Hun Haqeem dan Meerqeen semakin mendapat tempat di hati peminat.
Kedua-dua pelakon tampan ini sering mendapat pujian di laman sosial masing-masing setiap kali memuat naik foto ‘Haqeem’ dan ‘Luqman’.
Sekurang-kurangnya 35 ribu tanda suka pada setiap gambar yang dimuat naik Hun dan Meerqeen! Fuh! Bersaing sangat kan?
View this post on Instagram
A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)
Sambutan penonton terhadap drama bersiri ini sekaligus membuktikan kerjaya seni Meerqeen, 19, sebagai pelakon baru semakin membuahkan impak positif.
Membawa watak sebagai Haqeem, lakonan Meerqeen betul-betul mencairkan hati wanita dengan perwatakannya yang ‘gentleman’! Memang lelaki idamanlah kan?
View this post on Instagram
A post shared by Meerqeen (@meerqeen)
Begitu juga dengan Hun Haqeem yang dikenali selepas drama Kampung People, membuktikan watak Luqman turut menjadi bualan peminat selepas ‘Jekfer’.
Drama 70 episod yang ditayangkan di slot Tiara Astro Prima dan Prima HD, arahan Hadith Omar ini turut menampilkan Wanna Ali, Syazwan Zulkifly, Sharifah Shahora, Nina Juren, Normah Damanhuri dan ramai lagi.
Ini beberapa info tentang Angkara Cinta dan para pelakonnya yang semua orang tak tahu!
  • Pada minggu pertama Meerqeen berlakon di set, dia takut untuk berdepan dengan Datin Nina Juren kerana telah dimarahi ketika melakukan babak, Meerqeen tidak sengaja menarik kerusi menyebabkan bunyi bising ketika Datin sedang berdialog.
  • Ketika hendak melakukan babak dipatuk ular, Wanna amat gerun dengan ular tedung yang digunakan sepanjang 12 kaki itu sehingga terpaksa menggunakan pembantu peribadinya sebagai stand in.
  • Ketika melakukan babak berkawad di akademi, lokasi dilanda ribut dan penggambaran terpaksa dihentikan. Namun begitu babak berlari dan latihan di dalam hujan diteruskan apabila ribut reda.
  • Kebanyakan babak aksi dilakonkan sendiri oleh pelakon dengan bantuan dan tunjuk ajar mereka yang berpengalaman.
  • Beberapa pelakon dari kelompok gangster semuanya melatah. Walaupun mereka melakonkan watak ganas dan serius, tetapi mereka juga adalah penghibur di set seperti Syazwan Zulkifly, Faha Azhar dan Naszsally.
  • Ketiga-tiga pelakon utama iaitu Hun Haqeem, Meerqeen dan Wanna Ali mempunyai kebolehan untuk menyanyi.
Angkara Cinta menceritakan tentang remaja yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem Bin Razlan.
Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.
Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama.
Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.
View this post on Instagram
A post shared by Meerqeen (@meerqeen)
Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa.
Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira.
Drama Angkara Cinta bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima (105) dan Astro Go atau strim menerusi Ultra Box.
[[BACA: “Macam Cerita Korea Oit! - Gandingan Hun Haqeem & Meerqeen Raih Perhatian Netizen]]
Topic Berkaitan
#Astro Prima
#Hun Haqeem
#Meerqeen
#Angkara Cinta
#Slot Tiara
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement