,
Hiburan

Hanya Fitnah Semata, Fattah Amin Rasa Ralat & Terkesan Berhubung Kontroversi di FFM30

Zulaikha Yusof
06/04/2019
12:31 MYT
Pelakon dan penyanyi Fattah Amin menegaskan kontroversi yang timbul adalah fitnah semata-mata dan dia tidak mengenakan sebarang syarat mengenai gandingannya bersama isteri, aktres Fazura di malam Festival Filem Malaysia 30 (FFM30).
Menurut Fattah, dia hanya menjalankan tanggungjawab yang telah ditugaskan kepadanya.
"Saya sudah menjalankan tanggungjawab saya sebagai penyampai trofi seperti apa yang diminta oleh pihak penganjur yang telah disertakan bersama kontrak.
"Ingin saya menegaskan di sini yang mengatakan saya memandai naik ke atas pentas bersama Fazura adalah fitnah semata-mata.
"Tidak mungkin ada artis yang boleh main langgar untuk naik ke atas pentas.
"Malah perkara ini tidak masuk akal apabila mengatakan isteri saya yang memandai 'request' untuk kami digandingkan," katanya kepada Gempak.
Fattah ditemui ketika majlis pelancaran Fattastic Raya yang diadakan di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Tambah pelakon Hero Seorang Cinderella ini, dia berasa ralat dan terkesan dengan isu ini.
"Inilah kehidupan artis. Perkara seperti ini saya tidak minta untuk berlaku namun apabila terjadi semestinya saya akan mempertahankan diri.
"Semestinya saya ralat dan terkesan kerana perkara ini memburukkan nama saya.
"Saya ada nama yang perlu dijaga malah pihak pengurusan saya sendiri menitikberatkan tentang imej saya.
"Selebihnya saya menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk mengambil tindakan susulan," katanya lagi.
Terdahulu, Fazura menafikan desas-desus penampilannya dan Fattah sebagai penyampai trofi di FFM adalah atas permintaan peribadi.
Fazura turut mendakwa dia menerima mesej melalui kiriman WhatsApp daripada rakan penyampai, pengarah dan pelakon Datuk Hans Isaac yang menyatakan rasa kecewa atas apa yang berlaku, terutama permintaan Fazura untuk digandingkan dengan Fattah yang disifatkan tidak mengikut tema slot berkenaan.
Dalam pada itu, Hans menegaskan kiriman mesej yang dihantar kepada aktres Fazura adalah bersifat peribadi.
FFM30 yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) itu diadakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa (PICC), Sabtu lalu.
BACA: "Ini Adalah Tuduhan Yang Berat Kerana Sebagai Selebriti Yang Sudah 17 Tahun ....." - Fazura Nafi Letak Syarat Tampil Bersama Fattah Amin
BACA: Didakwa Kirim Mesej Rasa Kecewa Terhadap Fazura, Ini Penjelasan Hans Isaac
BACA: Ini Kenyataan Rasmi Astro Berhubung Kontroversi Fazura & Hans Isaac Di FFM30
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.