,
Laman Utama

"Hanya Dengan Penyebaran Berita Palsu, Semua Itu Boleh Bergoncang!" - Bront Palarae Harap Filem Proksi Buka Mata Penonton

Asraf Aided
03/12/2021
12:46 MYT
Seperti yang ramai sedia maklum, filem Proksi telah menjengah pawagam di rumah anda menerusi Astro First, saluran 480 mulai 18 November lalu.
Sejak ditayangkan, filem yang menampilkan barisan pelakon handalan ini sering mendapat respon positif oleh kebanyakan penonton.
Proksi mengangkat kisah dan kejadian penyebaran berita palsu dan aktiviti penggodam yang sememangnya berlaku di alam realiti.
Menurut teraju utamanya Bront Palarae, dia berharap agar filem ini mampu membuka mata tentang penyebaran berita palsu dan kesan buruknya terhadap masyarakat serta negara.
"Kesan penyebaran berita palsu, betapa mudahnya kestabilan dan sistem negara juga masyarakat boleh bergolak.
"Hanya dengan elemen seperti penyebaran berita palsu, semua itu mudah bergoncang.
"Jadi saya berharap filem ini sedikit sebanyak boleh membuka mata kepada penonton di sebalik segala aksi yang dipaparkan," katanya.
Selain Bront, Proksi turut menampilkan Allahyarham Ashraf Sinclair, Sangeeta Krishnasamy, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Proksi di pawagam rumah anda!
Untuk melanggan sila ke Astro First, saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.