,
Viral

Hantaran Bekas Isteri Suami Shakilla Khoriri Kembali Tular Di TikTok, Netizen Buat Spekulasi - “Ini Punca Mereka Bercerai Ke?”

Gempak
27/02/2024
03:55 MYT
Baru sahaja mendirikan rumah tangga, nama pelakon Shakilla Khoriri sekali lagi menjadi buah mulut netizen selepas dia dituduh menjadi punca kepada keretakan hubungan antara suami baharunya (Mohd Fariz) bersama bekas isteri.
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik di TikTok oleh satu akaun, seorang wanita yang mendakwa dirinya bekas isteri kepada Mohd Fariz membuat pelbagai hantaran memberi bayangan seolah-olah bekas suaminya itu berlaku curang.

BERITA TRENDING: Shakilla Khoriri Tunjuk Wajah Suami, Mohon Maaf Tak Respon Media - "Saya Kurang Selesa Majlis 'Diceroboh'..."

“Sentiasa disuruh, ditegur untuk berdamai dengan takdir. Baiklah saya turutkan. Semoga kalian berbahagia atas segala perbuatan kalian,” katanya.
Dalam pada itu, wanita tersebut turut berkongsi dirinya berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kesusahan berkaitan kekeluargaan dan pekerjaan.
Susulan entri berikut, ramai warganet menimbulkan spekulasi tentang penyebab perpisahan antara kedua-dua pasangan tersebut.
“Patutlah interview haritu Fizi dia cakap “Shakilla tak pernah seorang dari dulu”, ini punca mereka bercerai ke?”
“Semoga yang teraniaya Allah bagi kebahagiaan lain, dan menganiaya terima kifarah,”
“Sanggupnya seorang suami menjandakan isterinya demi bersama janda lain,”
Sekadar info, Shakilla Khoriri sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018.
Bagaimanapun, pasangan itu berpisah pada Disember 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia, yang kini berusia lima tahun.
Sumber: TikTok
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.