,
Gaya Hidup

Hangus Rentung! IPhone Pemuda Ini Meletup Lepas 2 Bulan Tukar Bateri Di...

Hanafis Haris
14/08/2019
14:34 MYT
Kecoh di laman Twitter baru-baru ini apabila sebuah iPhone dikatakan meletup selepas melakukan penukaran bateri di sebuah kedai di Danau Kota, Kuala Lumpur.
Kisah itu dikongsikan oleh seorang pemilik akaun dikenali sebagai Wan Haikal yang memuat naik gambar iPhone milik adiknya yang hangus terbakar.
Menerusi posting tersebut pemuda itu menjelaskan kejadian berkemungkinan berpunca daripada bateri yang telah ditukar di sebuah kedai di Danau Kota, dua bulan lalu.
"Hati-hati guys, telefon adik aku baru meletup tadi masa nak naik bas. Nasib baik tak meletup dalam kereta or dalam bas.
"Tiba-tiba je berasap dan keluar api.
"Adik aku cakap dia ada tukar bateri dekat Danau Kota dua bulan lepas. Aku rasa bateri yang seller tu jual tak ori, thats why boleh jadi macam ni," katanya.
Sehingga kini posting tersebut telah dikongsi sebanyak 9,200 kali dan menerima lebih 4,000 likes. Sementara itu, menerusi satu lagi tweet dari laman akaun @BamGadgets menjelaskan kes letupan selalunya berpunca daripada dua sebab, iaitu bateri yang diganti tidak berkualiti atau tidak tulen dan yang kedua adalah cip U2IC gagal berfungsi.
"Cip U2IC adalah komponen penting dalam board iPhone, berfungsi untuk mengawal kadar aliran Voltan.
"Kegagalan cip ini berfungsi akan menyebabkan bateri panas secara mendadak," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.