gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bela Anjing Terbiar Untuk Dimasak Sebagai Makanan
VIRAL
Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet Sudah Ditahan!
BERITA
Hampir Pengsan Lihat Ular Sawa 'Gergasi' Dalam Mangkuk Tandas
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Hampir Pengsan Lihat Ular Sawa 'Gergasi' Dalam Mangkuk Tandas

gempak
Asyraf Roslan
24/05/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Hampir Pengsan Lihat Ular Sawa 'Gergasi' Dalam Mangkuk Tandas

Seorang lelaki di Thailand berdepan detik mencemaskan apabila menemui seekor ular sawa 'gergasi' melingkar dalam mangkuk tandas ketika mahu membuang air besar di rumahnya, awal pagi Khamis.

Kejadian tidak pernah berlaku seumur hidup itu menyebabkan dia hampir pengsan kerana terlalu terkejut.

Kejadian mengejutkan itu dikongsi mangsa dalam halaman kumpulan Facebook tempatan yang memfokuskan kepada ular di Thailand.

Dalam video yang dimuat naik, lelaki tersebut kelihatan terkejut sambil menceritakan detik cemas saat menemui reptilia besar itu di bilik airnya.

“Mulai sekarang, saya akan lebih berhati-hati,” tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.
Beberapa jam kemudian, lelaki itu memuat naik video sambungan memaparkan kehadiran pasukan penyelamat pada jam 4 pagi (waktu tempatan) yang bertungkus-lumus menangkap dan mengalihkan ular tersebut dengan selamat.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat. Kalau bukan kerana anda semua, saya pun tak tahu nak buat apa. Kalau sesiapa hadapi situasi macam ini, cepat-cepat hubungi 199,” katanya.
Kejadian pelik itu mencetuskan pelbagai persoalan daripada ahli kumpulan tersebut. Ada yang bertanya bagaimana ular sebesar itu boleh memasuki rumah, sama ada kawasan itu berhampiran hutan, dan tingkat berapa rumah itu berada.

Perdebatan hangat pun tercetus mengenai misteri ‘serangan’ ular waktu malam.

Ahli kumpulan turut berkongsi beberapa petua untuk mengelakkan kejadian sama. Antaranya, meletakkan Vicks VapoRub, Ped Pro atau pencuci tandas ke dalam mangkuk tandas secara berkala kerana bahan berasid dipercayai mampu merengsakan mata ular dan menghalangnya daripada masuk.

Ini bukan insiden pertama seumpamanya. Pada Februari lalu, seekor ular pemakan ikan sepanjang tiga meter ditemui tersekat dalam tandas di Samut Songkhram.

Pasukan bomba terpaksa memecahkan tandas untuk mengeluarkannya sebelum dilepaskan semula ke habitat asal.

Insiden itu turut mengundang reaksi lucu dan seram netizen yang membayangkan betapa trauma untuk menggunakan tandas selepas ini.

“Mulai hari ini, saya akan suluh dulu tandas sebelum duduk,” kata seorang pengguna sambil disertakan emoji ketawa dan takut.

Namun, ada juga yang memandang serius isu tersebut dengan mencadangkan agar pemilik rumah memeriksa sistem perpaipan atau memasang penapis khas bagi menghalang haiwan melata memasuki rumah melalui saluran najis.

Pakar reptilia juga sebelum ini pernah mengingatkan bahawa musim panas dan hujan yang tidak menentu menyebabkan ular lebih aktif mencari tempat sejuk dan lembap, termasuk dalam tandas atau bilik air.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan menasihatkan orang ramai supaya tidak panik jika berdepan kejadian seumpama itu, sebaliknya segera menghubungi pasukan penyelamat yang terlatih menangani situasi berisiko tinggi.

Bagi mangsa, kejadian itu pasti akan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan seumur hidup.

“Setiap kali masuk tandas sekarang, saya rasa macam nak bawa senjata sekali,” selorohnya di akhir video sambungan, yang kini tular dengan ribuan tontonan dan komen dalam masa singkat.

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ular
#Ular Sawa
#Mangkuk Tandas
Must-Watch Video