,
Laman Utama

Hampir Maut, Pereka Fesyen Shanel Harun Kemalangan! - "Masa Tu Hujan Lebat Di LPT, Sesaat..."

Amri Hassan
13/02/2023
01:50 MYT
Pereka fesyen Shanel Harun memaklumkan dirinya terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur pada Sabtu lalu.
Kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu berlaku secara pantas ketika cuaca hujan lebat di kawasan terbabit, difahamkan usai Shanel menghadiri majlis pernikahan pelanggannya.
"Pertama sekali, saya nak minta maaf sebab pada 11 Februari lalu, saya terlibat dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawa saya di leburaya LPT.
"Sejujurnya, saya nak jelaskan apa yang berlaku pun saya tak mampu. Time tu hujan lebat sangat dekat LPT, sesaat. In a second, dah terbabas kereta.
"Orang pertama saya call, adalah PA saya untuk minta maaf pada client yaga saya sepatutnya jumpa.
"Orang kedua saya hubungan @sugardollbynn. I guess, my heart was never wrong to love her and count her as my friend. Dengan sarat mengandung, semua dia tinggalkan.
"Dari A-Z , dari cerah sampai ke malam. Sampai ke pagi buta. Allah hadirkan sahabat yang berkorban kudrat masa dan tenaga untuk make sure saya dari Maran ke Temerloh dan pindah ke hospital pakar di Kuala Lumpur.
"Saya mohon maaf, mana yang saya tak terbalas. Kecederaan saya mengehadkan pergerakan saya, tapi saya akan cuba sehabis baik untuk get back to everyone," kongsinya menerusi hantaran di Instagram.
Biarpun berdepan kecelakaan, Shanel memaklumkan dirinya masih dibelenggu rasa bersalah memikirkan tanggungjawab yang dipikulnya terhadap keluarga dan pelanggannya.
"Wallahi, atas nama yang Maha Esa. Yang pertama terlintas bukan kereta. Tapi kerja dan amanah yang ada di bahu saya. Pengantin, customers, kakitangan, ibu dan bapa saya dan anak saya. Sebab ini semua hidup saya.
"10 tahun saya menjadi designer, belum pernah saya gagal untuk hadir bertemu sendiri dan siapkan pengantin. Mahal, murah, promo atau pakej, memang saya sendiri akan jumpa. Itu jiwa saya. Shanell Harun, nyawa saya. Passion saya," tambahnya.
Shanel yang sedang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan di ibukota ketika ini masih menunggu laporan perubatan dan diagnosis dari doktor pakar ketika ini.
"Izinkan sehari dua lagi untuk saya mendapatkan full diagnos dari doktor pakar.
"Kemudian saya akan susun dan rancang sebaiknya untuk hari perkahwinan kalian. Percayalah, amanah yang kalian bagi disimpan rapi dengan nyawa saya.
"Selagi saya bernafas, saya akan usaha untuk jalankan tanggungjawab saya sehabis baik. Doakan untuk keputusan MRI saya esok. Terima kasih client yang faham dan terima keadaan saya.
"Maaf pada yang rasa saya malang dan menyusahkan. Kun Fayakun, I never ask for this. But indeed this is His best Plan and wishes for something that i have yet to know. But I will always have faith in Him," ujar Shanel lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.