,
Hiburan

Hamdan Senario Ditidurkan Akibat Komplikasi Kegagalan Buah Pinggang

Izwan Isa
31/12/2023
10:57 MYT
Anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli, 54, kini ditidurkan akibat komplikasi yang berpunca daripada kegagalan buah pinggang tahap tiga.
Hal tersebut dikhabarkan oleh keluarga Hamdan menerusi satu perkongsian Whatsapp sebentar tadi.
“Hamdan Senario ditidurkan kerana komplikasi kegagalan buah pinggang tahap tiga. “Mohon kawan-kawan doakan, moga Hamdan sembuh seperti sediakala,” katanya.
Menerusi perkongsian sama, Hamdan dilaporkan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hamdan Senario Meninggal Dunia

gempak
05/01/2024
05:19 MYT
Al-Fatihah