,
Gaya Hidup

Haliza Maysuri Belanja RM3.5 Juta Sambut Menantu Sulung, Gaun Pengantin Saja Dah Cecah RM300,000!

Amri Hassan
26/02/2024
04:50 MYT
Jutawan tudung bawal, Haliza Maysuri tidak lokek untuk membelanjakan lebih RM3.5 juta demi hari bahagia anak sulungnya, Zuhaini Syazwan.

BERITA TRENDING: "Why Not Kan?" - Jutawan Tudung Haliza Maysuri Puas Hati Tempah Gaun RM250,000, Bertatahkan 83,900 Kristal…

Selain melangsungkan majlis terbabit di hotel mewah St. Regis Kuala Lumpur, menantunya, Sarah, juga beruntung dapat menyarung busana mewah rekaan Rizman Ruzaini.
Lebih menarik apabila busana itu dihiasi dengan 189,936 biji batu Swarovski yang diimport dari Austria.
Busana digabung lima warna iaitu Crystal, Crystal AB, Aquamarine, Light Sapphire dan Crystal Moonlight itu menggunakan tujuh jenis saiz bentuk butiran batu Swarovski iaitu ss6, ss10, ss12, ss16, ss20, ss34 dan 8×4 mm.
Difahamkan, busana dan Swarovski itu bernilai RM300,000.

BERITA TRENDING: "Kalau Kasut Harga Puluhan Ribu Letak Di Kaki, Kenapa Bila Tudung Mahal Cakap Riyak?" - Haliza Maysuri

Penampilan Sarah turut diserikan dengan tiara Swarovski dengan 233 kristal jernih direka khas untuk acara Vienna Opera Ball yang merupakan acara tari menari terkemuka Austria.
Kata Haliza, tiara yang memiliki 223 biji kristal itu bukan untuk dijual.
"Tiara itu direka khas oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski Giovanna Engelbert, inspirasi daripada perhiasan kekaisaran Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski.
"Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 kristal jernih. Batu kristal tiara itu diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan.
"Sebagai tradisi yang memiliki tempat ikonik dalam warisan Austria dan Swarovski, tiara ini menjadi simbol keahlian unik milik Swarovski dan sejarahnya yang berusia 129 tahun," katanya.
Dalam pada itu, Haliza tidak kalah gaya menarung adi busana rekaan Faizuluziaf yang dihiasi pula dengan 72,000 biji batu Swarovski.
Fabrik yang dibawa masuk dari Eropah itu terdiri daripada padanan Tulle Silk, French Solstiss Lace dan Crepe Silk.
Potongan ‘Cape Dress’ ini menggunakan teknik ‘Ruching Draping’ yang menggunakan palet warna khas iaitu Light Apricot, Nude brown, Off White dan Silver.
Busana mewah bernilai RM170,000 itu mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan.

PILIHAN PEMBACA: Dikutuk Hidung Kembang, Jutawan Tudung Bidas Balik Netizen! - "Hey, Kalau Saya Nak Mancungkan Hidung…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar