,
Laman Utama

Haiza Panik Cyst Di Payudara – “Saya Mula Fikir Bukan-Bukan, Risau Sampai Berat Badan Turun Mendadak…”

Fiza Kamarudin
23/09/2021
03:30 MYT
Penyanyi dan penyampai radio Buletin FM, Haiza Hanafi, 41, mengakui rasa bimbang apabila mengetahui ada benjolan di bahagian kiri payudaranya bersaiz dua sentimeter.
Perkara tersebut menyebabkan Haiza mula terfikir tentang penyakit yang digeruni wanita, iaitu kanser payudara.
Menurut Haiza rasa bimbang yang melampau dan kerap berfikir mengenainya menyebabkan selera makannya berkurangan sehingga berat badan turun mendadak.
Perkara itu turut meyebabkan Haiza mendapat serangan panik buat kali kedua.
“Bila dapat tahu tentang benjolan itu saya mula panik dan fikir yang bukan-bukan. Tambah-tambah lagi kita sedang dalam situasi pandemik.
“Selera makan tak ada, saya tinggalkan terus minuman bergula sampai berat badan turun mendadak.
“Dan kebetulan ketika itu saya turut memikirkan tentang kontrak sebagai penyampai radio di tempat saya bekerja sebelum ini akan di sambung atau tidak.
“Mungkin disebabkan banyak perkara yang saya fikirkan sehingga mendapat serangan panik. Dulu pernah kena sekali dalan tahun 2016,” katanya.
Bagaimanapun kata Haiza keadaan kini kembali normal dan benjolan tersebut sudah tidak ada.
“Alhamdulillah, benjolan terbut dah tak ada. Semasa berjumpa pakar pada Julai lalu saya ada membuat pemeriksaan mamogram dan ultrasound beliau ada menjelaskan tentang benjolan tersebut.
“Pakar tersebut beritahu, kes macam saya ini banyak dialami oleh kaum wanita. Cyst yang wujud boleh hilang dengan sendirinya jika ia tidak serius.
“Saya terharu kerana sepanjang mengalami kesukaran dan tekanan suami, ibu dan bapa serta seluruh ahli keluarga berada disisi memberi sokongan,” katanya sebak.
Perkembangan terbaru, Haiza kini mengendalikan segmen ‘Santai Siang Bersama Haiza’ di Buletin FM yang turut mengupas perihal kesihatan.
Haiza mengendalikan segmen itu setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi sampai 3 petang.Selain kesihatan, segmen yang turut diimbangi dengan hiburan dan lagu itu juga merangkumi informasi berkaitan gaya hidup, keibubapaan, tips ekonomi, pemerkasaan dan kerohanian.
Dalam pada itu Haiza sempat meninggalkan pesanan kepada semua agar menjaga kesihatan dan bertindak cepat sekiranya berasa sesuatu yang tidak kena pada badan.
“Jangan abaikan kesihatan dan bertindaklah cepat jika sayangkan nyawa dan orang sekeliling. Jangan biarkan melarat baru nak bertindak.
“Kalau ada musykil apa-apa, cepat-cepatlah berjumpa doktor. Saya sendiri belajar supaya tidak terlalu cepat membuat andaian dan berfikir bukan-bukan.
“Yang penting perlu sentiasa positif dan amalkan gaya hidup sihat,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Unitar