,
Hiburan

Haiza Kerah Tenaga Bahagi Masa Antara Kerjaya & Anak

Kamaruddin Razal
14/03/2017
09:29 MYT
Penyanyi dangdut Haiza mengerah tenaga untuk mencari rezeki dan pada masa yang sama, turut memberikan tumpuan kepada anaknya, Nur Iman Syafie.
Bekerja sebagai penyampai radio dan penyanyi, Haiza juga turut memenuhi undangan sebagai pengacara majlis.
"Saya lakukan banyak kerja dalam satu masa kerana bagi saya semuanya adalah rezeki. Selagi terdaya, saya dan suami akan mengerahkan tenaga muda untuk masa depan keluarga dan anak.
"Walaupun kadangkala saya merasai kepenatan itu, saya bersyukur kerana rezeki yang datang tidak pernah putus untuk saya dan keluarga, Alhamdulillah," kata Haiza kepada Astro Gempak.
Menetapkan hari minggu sebagai hari untuk anak, Haiza akan membawa anak dan suaminya jika ada tawaran persembahan di luar Lembah Klang.
"Jika tiada sebarang tawaran nyanyian pada hujung minggu, saya akan menghabiskan masa dengan anak. Namun begitu, jika ada tawaran, saya akan membawa anak ke sana.
"Selalunya, jika ada tawaran persembahan di luar kawasan Kuala Lumpur, penginapan akan disediakan dan persembahan tersebut akan berlangsung pada satu malam sahaja.
"Selepas persembahan tamat, saya akan sambung untuk menginap di situ satu malam lagi. Secara tidak langsung, saya membawa anak saya bercuti," katanya ketika ditemui di Majlis Lepak Santai Hot FM dan Kool FM baru-baru ini.
Haiza dan AG bersiaran di Kool FM setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 hingga 10.00 pagi menerusi segmen Pagi Hari Di Kool.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Haiza Panik Cyst Di Payudara – “Saya Mula Fikir Bukan-Bukan, Risau Sampai Berat Badan Turun Mendadak…”

gempak
23/09/2021
03:30 MYT
Terus berjumpa doktor kalau ada yang tidak kena dengan badan korang ya...
Laman Utama

“Sebak Juga Bila Baca, Tapi Apa Boleh Buat…” – Haiza Rindu Air Tangan Ibu

gempak
12/05/2021
05:50 MYT
Dua tahun Haiza tak balik Benut beraya dengan ibu dan ayah...
Laman Utama

“Janganlah Kecam Orang Lain Yang Ajar Anak Berpuasa, Lain Padang Lain Belalang Kan?…” – Haiza

gempak
21/04/2021
05:50 MYT
Cara masing-masing...Melatih anak berpuasa bukan satu penderaan!
Laman Utama

“Mantan Isterimu Kisah Bekas Isteri Gila Talak!” - Haiza

gempak
05/03/2021
05:15 MYT
Ramai yang 'lupa' perempuan pun ramai yang gila talak!
Hiburan

Aepul Roza, Drummer Drama Band Positif Covid-19

gempak
15/01/2021
00:13 MYT
Semoga terus kuat!