gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Perjumpaan G*y: "Tiada Penglibatan NGO, Klinik Kesihatan Atau KKM" – Ketua Polis Kelantan
RANCANGAN
Gempak Movie Night Out: Tiket Finale Screening Honey Trap
HIBURAN
Ade Govinda Puji Siti Nurhaliza, Senang & Cepat Kerja - "Beliau Pasti Bawa Banyak Makanan..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hafiz Suip Sebak, Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak - “Setiap Hari Rasa Nak Call Walaupun Macam Mustahil…”

Mya Amri
Mya Amri
22/07/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Hafiz Suip Sebak, Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak - “Setiap Hari Rasa Nak Call Walaupun Macam Mustahil…”
Penyanyi, Hafiz Suip tidak dapat menahan sebak apabila ditanya mengenai hubungan bersama dua anak lelakinya iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayna, 5.

Masa dan jarak jadi penghalang

Menurut Hafiz, walaupun dia masih boleh menghubungi anak-anaknya namun kekangan masa dan jarak menjadi penghalang untuk mereka selalu berhubung.

“Saya tak boleh, kalau nak bercerita pasal anak, setiap hari saya rasa macam nak call mereka walaupun saya rasa macam mustahil juga.

“Ya, saya boleh menghubungi mereka tapi ialah dengan sekolah, jadual jadual dia, ditambah lagi dengan saya yang kini duduk di Kuching, Sarawak.

“Jadi terdapat kekurangan masa dan gap antara saya dengan anak-anak. Ada pun saya dapat video call sahaja, tanya khabar mereka,kesihatan mereka,” katanya.
Hafiz mendedahkan perkara itu dalam satu temu bual eksklusif yang dikongsi menerusi hantaran terbaharu di akaun TikTok miliknya.

Percaya anak-anak akan faham situasi kelak

Bagaimanapun kata Hafiz, walaupun keadaan tidak mengizinkan dirinya untuk sentiasa bersama anak-anak, namun dia percaya bahawa satu hari nanti mereka akan memahami situasi sebenar.

“Yang lain saya hanya doakan mereka. Doakan yang terbaik untuk ibu mereka juga sebab saya tahu dia lagi layak untuk jaga mereka.

“Anak-anak kita ni satu hari nanti dia akan besar dan memahami situasi yang berlaku dalam kehidupan,” ujarnya.
Sebelum ini, juara Akademi Fantasia 7 itu mengesahkan rumah tangganya bersama isteri, Nureffy, tidak dapat diselamatkan dan kini dalam proses penceraian.
Hafiz dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayna, 5.
Topic Berkaitan
#Hafiz Suip
#Sarawak
#Anak anak
#Berjauhan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement