Hiburan
Hafiz Suip Fokus Jaga Ibu Terlantar Sakit, Terpaksa Berenggang Sekejap Dengan Isteri - “Bagi Saya Semua Ini…”
Penyanyi Hafiz Suip memaklumkan dia kini lebih selesa menetap di kampung halamannya iaitu Kuching, Sarawak bagi menjaga ibunya.
Kongsi Hafiz, pilihannya untuk menetap di Kuching adalah disebabkan mahu menjaga ibunya yang kini terlantar di hospital akibat masalah paru-paru berair.
“Kenapa saya nak duduk di Kuching adalah kerana saya nak jaga ibu bapa saya.
“Kalau ikutkan sekarang ibu saya masih berada di wad lagi kerana alami paru-paru basah dan beri kesan pada jantung, ditambah dia ada kencing manis.
“Hari ini sudah masuk hari kelima. Itu yang membuat saya nak stay di Kuching,” ujarnya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelantun lagu Terus Bersinar itu turut mengakui berat baginya untuk meninggalkan ibu tersayang seketika namun terpaksa demi tuntutan kerja.
Malah, Hafiz turut berkongsi pesanan ibunya yang meminta dia tidak mengecewakan peminat.
“Kalau ikutkan berat nak buat (perform) tetapi ibu saya juga pesan ketika dia atas katil dia kata ‘Abang just go, it’s okay I know you think about me, but jangan kecewakan your fans. I wish you the best lah’.
“Dia juga yang kata ‘Pergi lah. Don’t spoil your career’. Tetapi perasan kita sebagai seorang anak ini (berbaur).
“Saya mengharapkan doa daripada semua kawan-kawan semoga ibu saya sihat,” kongsinya.
Tambah bapa kepada dua cahaya mata itu lagi, dia juga terpaksa berenggang seketika bersama isteri, Nureffy Jesreel kerana isterinya berada di Kuala Lumpur bersama anak-anak.
“Ya (terpaksa berenggang) Alhamdulillah, isteri saya masih bekerja dan menjaga anak-anak seperti rutin sekolah mereka terpaksalah kita bahagikan masa.
“Tetapi bagi saya ini semua adalah ujian. Saya rasa perkara terbaik yang kita boleh buat adalah berdoa,” ujarnya lagi.
Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada tanggal 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.
Must-Watch Video