HIBURAN
Hafiz Suip Berdamai Dengan Takdir, Belajar Tentang Penyesalan Hidup - “Amarah… Salah Satu Yang Menyebabkan Diri Saya Hancur”
Penyanyi, Hafiz Suip mengakui penyesalan terbesar dalam hidupnya adalah sifat amarah yang pernah menguasai dirinya.
Beri kesan mendalam
Menurut Hafiz, perkara itu memberi kesan mendalam terhadap kehidupannya, termasuk kerjaya dan hubungan peribadi.“You have to control that, kita semua ada benda tu. Sifat itu yang dimana Allah bagi kita tapi saya ambil benda itu sebagai satu pembelajaran dalam kehidupan saya, sebagai pengalaman dalam kehidupan saya.“Amarah… Salah satunya lah yang menyebabkan diri saya hancur, adalah disebabkan amarah. Amarah bukan salah satu cara penyelesaian untuk kau menyelesaikan masalah.
“Kalau benda itu baik saya teruskan. Kalau benda tu tak baik i will scrap it in my life,” ujarnya.
Hafiz mendedahkan perkara itu dalam satu temu bual eksklusif yang dikongsi menerusi hantaran terbaharu di akaun TikTok miliknya.
Berdamai dengan takdir
Sementara itu, mengulas mengenai kehidupannya, Hafiz berkata dia kini bersyukur atas segala yang dimiliki selain cuba berdamai dengan takdir.“Jadi bila kau bersyukur, kau terima, kau reda, then kau akan jumpa kebahagiaan itu,” tegasnya.“Saya bersyukur sahaja… Saya bersyukur dengan apa pemberianNya. Saya rasa saya bahagia dengan kehidupan macam ni kot.“Cuba untuk berdamai dengan kehidupan. Saya tidak mahu salahkan atau terus menyalahkan sesiapa. Benda itu yang sebenarnya akan buat saya kusut sebenarnya.
Sebelum ini, Hafiz mengesahkan rumah tangganya bersama isteri, Nureffy, tidak dapat diselamatkan dan kini dalam proses penceraian.
Hafiz dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayna, 5.
@hafizsuip90 𝘋𝘪𝘢 𝘥𝘪𝘢𝘮 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘳𝘢𝘴𝘢, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘣𝘪𝘢𝘴𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘭𝘶𝘬𝘢. 📌 Save the date : 01.11.25 🎫 Tickets on sale : 29.07.25 #HafizSuip #SAHEntertainment @SAH Entertainment @ERA @SINAR @THR GEGAR @Gempak ♬ original sound - Hafizsuip
Must-Watch Video