,
Hiburan

Hael Husaini Undur Diri Dari Azhael

Rozaimi Zubaidi
02/02/2017
06:24 MYT
Penyanyi Hael Husaini mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan duo Azhael.
Menurut Hael, menerusi sebuah muat naik di Instagramnya, Hael berkata, dia mengambil keputusan tersebut setelah melakukan perbincangan oleh pihak pengurusan Astro.
Menerusi muat naik tersebut, Hael menulis kapsyen "Terima kasih semuanya, Azheal tetap kenangan termanis dalam karier saya. Doakan yang terbaik".
Dalam pada itu, Hael juga memuat naik sekeping gambar dengan berkata:
"Bermula saat ini saya, Hael Husaini ingin mengumumkan pengunduran diri sebagai salah seorang anggota duo Azheal.
"Keputusan ini dibuat selepas pertimbangan sewajarnya dilakukan oleh saya dan pihak pengurusan Astro.
"Buat masa ini, saya masih dibawah pengurusan Astro Talent Management dan saya berharap agar orang ramai mendoakan perjalanan karier saya berjalan lancar an dipermudahkan segala urusan selepas ini.
"Mohon maaf jikalau pengumuman ini tidak disenangi, sesungguhnya yang buruk itu dari saya yang baik itu dari Allah," katanya.
Terdahulu, terdapat khabar angin berkata, kumpulan duo kelahiran AF 2013, Azhael yang dianggotai oleh Azhar dan Hael mengakui terdapat perselisihan faham antara mereka berdua.

Terima kasih semuanya, AZHAEL tetap kenangan termanis dalam karier saya. Doakan yang terbaik.

A photo posted by Hael Husaini (@haelhusaini) on

Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

gempak
14/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh yang popular dengan kandungan masakan itu juga mengingatkan kepada semua peserta yang datang supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Yuna Teruja Jadi Juri, Suka Konsep Cari Bakat Baharu - “Kami Mahu Tengok Adakah Peserta Itu…”

gempak
18/07/2024
11:55 MYT
Menurut Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 38, dia menyifatkan pembabitannya sebagai salah seorang juri adalah tertarik dengan konsep program yang mengetengahkan bakat baharu.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Cabaran Bermula, Ini Senarai Lagu Minggu Pertama Menanti 30 Peserta

gempak
16/07/2024
13:25 MYT
Membuka pentas minggu pertama dengan tema Tik & Tok, 30 peserta bakal berduet dalam menampilkan kehebatan masing-masing.
Hiburan

Hael Husaini, Putera Muhammad, Irfan Haris, Mawi Menanti Keberkatan Ramadan

gempak
05/03/2024
05:10 MYT
Apa kata artis sempena kedatangan Ramadan.