,
Viral

Hadiri Mesyuarat & Menyapa Pelanggan...Anjing Ini Dilantik Sebagai Jurujual Hyundai!

Asraf Aided
05/08/2020
05:14 MYT
Komunikasi seorang jurujual memainkan peranan penting dalam melariskan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Agak berbeza di Brazil, syarikat kereta Hyundai telah melantik seekor anjing sebagai jurujual di sebuah bilik pameran mereka di negara itu.
Anjing yang diberi nama Tucson Prime itu sering kelihatan mengunjungi lokasi terbabit sebelum dilantik menjadi sebahagian daripada warga Hyundai di cawangan itu.
Tucson telah diberikan kad pekerja dan dokumen pekerjaan penting sebagai satu tanda penghargaan.
Lebih menarik, Tucson juga terlibat dalam menghadiri mesyuarat, menyapa pelanggan, memeriksa kereta dan macam-macam lagi.
Pihak pengurusan juga telah mendaftarkan akaun Instagram buat Tucson, sehingga kini, jumlah pengikut akaun tersebut telah melebihi 40,000.
Sumber : Times of India
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Diserang Anjing Rottweiler Ketika ‘Shooting’, Mia Nasir Syukur Tak Alami Kecederaan Serius - “Kalau Tanya Trauma Atau Tidak, Saya Akan Cakap…”

gempak
09/09/2024
04:25 MYT
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan pelakon Mia Nasir diserang seekor anjing rottweiler ketika sedang menjalani penggambar baru-baru ini menarik perhatian netizen.
Hiburan

Rahmat Mega Selesa Jadi Jurujual - "Mula-Mula Je Rasa Macam 'Tebal Kulit' Lama-Lama Okey"

gempak
03/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi Rahmat Mega mengakui tumpuannya kini lebih kepada menguruskan perniagaan jualan langsung berbanding kerjaya nyanyian.
Viral

Pemain Badminton Didenda RM25,000, Pukul Anjing Di Balkoni Rumah

gempak
30/08/2024
10:25 MYT
Seorang pemain badminton profesional didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kajang pada Jumaat selepas mengaku bersalah memukul seekor anjing secara bertubi-tubi di balkoni rumahnya, bulan lepas.
Viral

Tanah Jerlus Masjid India: Frankie & Denti, Wira Batang Kali Kembali Beraksi

gempak
28/08/2024
04:25 MYT
Dua anjing Unit Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Denti dan Frankie dibawa ke lokasi tanah jerlus di Masjid India pada Selasa.
Hiburan

Keluarga Tak Mahu Tunai Wasiat Mendiang Alain Delon Dikebumi Bersama Anjing Hidup

gempak
22/08/2024
15:50 MYT
Aktor ikonik Perancis, Alain Delon meninggal dunia pada usia 88 tahun minggu lalu.