,
Terkini

Hadir Perbicaraan Pertama Kes Saman 5 Sekawan, Ini Harapan Siti Nordiana

Izwan Isa
05/10/2023
05:01 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza, Siti Nordiana hadir ke mahkamah Kuala Lumpur bagi mengikuti perbicaraan pertama di mahkamah tinggi bagi kes saman lima individu termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura.
Menerusi temu bual media, Siti Nordiana atau lebih disapa Nana kelihatan tenang dan berharap agar segalanya berjalan lancar.
“Harapan semoga semuanya berjalan lancar dan saya boleh kekal tenang dan dilancarkan semua perkataan yang keluar, insya-Allah,” katanya.
Siti Nordiana, 39, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021.
Penyanyi yang dikenali sebagai Nana itu selaku plaintif menamakan Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36; isterinya Nur Sheila Hassim, 36; Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali Syura, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 43, serta jurusolek artis, Razidah Ahmad Senusi, 42, sebagai defendan.
Pada Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan dua daripada lima individu yang disaman penyanyi Siti Nordiana untuk memindahkan prosiding perbicaraan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Dua individu yang membuat permohonan itu ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman Sam Musyadzafar dan jurusolek artis Razidah.
Kedua-dua pemohon memfailkan permohonan itu pada 16 Disember 2021 di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Siti Nordiana sebagai responden.
Menurut Abang Azlan, Siti Nordiana bersetuju untuk bicara kes saman itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai 2021, melalui siaran langsung yang dikendalikan Nur Sheila dan disertai empat defendan lain, menerusi akaun Instagram masing-masing menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
Siti Nordiana mendakwa kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.
Penyanyi itu turut mendakwa kelima-lima defendan telah memadam siaran langsung daripada akaun Instagram masing-masing, namun ia tular serta telah dimuat naik semula ke akaun YouTube dan masih boleh ditonton oleh orang ramai.
Siti Nordiana mendakwa jumlah tontonan untuk siaran langsung yang dimuat naik ke akaun YouTube dijangka bertambah dan reputasi beliau telah dirosakkan secara serius dalam kalangan orang ramai serta penaja yang mengambil serta melantiknya sebagai model dan duta produk.
Plaintif mendakwa sebelum memulakan tindakan saman itu, beliau melalui peguamnya menyerahkan Notis Tuntutan melalui serahan tangan dan emel kepada kesemua defendan yang menuntut antara lain permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain ganti rugi sebanyak RM200,000 namun mereka gagal berbuat demikian.
Sehubungan itu, Siti Nordiana menuntut kesemua defendan secara berasingan menyiarkan permohonan maaf yang jelas dan tidak bersyarat dalam akhbar, Instagram serta Facebook, secara berterusan selama dua bulan atau mana-mana tempoh yang dianggap adil dan wajar oleh mahkamah.
Justeru beliau menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan, ganti rugi khas, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sumber terdahulu: Kosmo! Online
BACA: Saman Fitnah Siber 5 Sekawan: Siti Nordiana Naik Mahkamah 15 Oktober Ini, Zoey Rahman Dipanggil Jadi Saksi​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kalau Takat Kena Baling Telur Tu Dah Biasa Ya…” - Tomok

gempak
22/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Tomok berkongsi artikel di majalah MANGGA mengenai dia dan penyanyi Siti Nordiana yang disiarkan untuk edisi pada bulan Disember 2000.
Terkini

Siti Nordiana Pertama Kali Beraya Tanpa Kehadiran Bapa - “Saya Tak Pernah Lalui Ramadan & Raya Tanpa Ayah”

gempak
10/04/2024
03:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana meraikan kedatangan Syawal pada tahun ini buat pertama kalinya tanpa kehadiran bapa di sisi.
Hiburan

“Saya Nak Kahwin Tapi…” - Tular Sarung Baju Pengantin, Siti Nordiana Mohon Maaf Jika Ada Yang Salah Faham

gempak
30/01/2024
08:06 MYT
Siti Nordiana menafikan bakal mendirikan rumah tangga seperti didakwa ramai susulan tular foto memaparkan dia memakai baju pengantin baru-baru ini.
Hiburan

EKSKLUSIF: Gambar Photoshoot Gaun Putih Tersebar, Siti Nordiana Bakal Kahwin?

gempak
28/01/2024
09:00 MYT
Kisah peribadi Finalis All Stars Gegar Vaganza, Siti Nordiana pastinya sentiasa diintai peminat.
Gegar Vaganza All Star

Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

gempak
12/12/2023
02:55 MYT
Datin Alyah dah tutup buku.