gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mengaku Suara Tak Sedap, Zarina Zainuddin Tetap Mahu Berselawat Demi Ketenangan Hati
HIBURAN
“Pihak Mahkamah Arahkan Kami Lakukan Pembelaan Dalam Masa Tujuh Hari” - Peguam Siti Jamumall
BERITA
Kes Zayn Rayyan: Bapa Lepas & Bebas, Ibu Diperintah Bela Diri
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hadir Ke Mahkamah Bagi Proses Cerai, Aiman Tak Kesah Tenang & Siti Jamumall Pula ‘Nervous’ - “Kita Berserah Saja”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
21/07/2025
02:12 MYT
Sponsor Banner
Hadir Ke Mahkamah Bagi Proses Cerai, Aiman Tak Kesah Tenang & Siti Jamumall Pula ‘Nervous’ - “Kita Berserah Saja”
Pempengaruh Siti Jamumall hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi menghadiri sebutan kes perceraiannya bersama suami yang juga pempengaruh Khairul Aiman atau Aiman Tak Kesah.

Jamumall & Aiman hadir ke mahkamah

Aiman atau nama lengkapnya Khairul aiman Abdul Kudus tiba di mahkamah sekitar pukul 9.19 pagi dalam keadaan tenang dan sempat menjawab ringkas soalan daripada media yang hadir.
“Belum tahu lagi keputusan yang akan dapat. Kita tengok dulu perbicaraan macam mana dahulu,” kata Aiman.
Tidak lama selepas itu, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, turut tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi dengan mengenakan pakaian jubah serba hitam.
Menurut Siti, ini merupakan kali pertama dia menghadiri prosiding perceraian dan mengakui dirinya berasa sedikit gementar.

“Nervous sikit untuk hadir ke mahkamah. “Kita tengoklah kejap lagi macam mana kan. Apa-apa pun, kita berserah sahajalah,” kata Siti.

Terdahulu, siaran langsung TikTok usahawan Siti Jamumall mencuri perhatian ramai apabila suaminya, Aiman Tak Kesah melafazkan cerai talak dua di hadapan keluarga Siti serta ribuan penonton yang sedang menonton siaran tersebut secara langsung.
Sekadar info, Siti dan Aiman berkahwin di Satun Thailand pada awal Jun 2024. Sebelum ini, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.
Topic Berkaitan
#cerai
#Mahkamah
#Siti Jamumall
#Aiman Tak Kesah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement