gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Energi Penonton Luar Biasa, Saya Sendiri Tak Tertampung"
GAYA HIDUP
Diana Danielle Pilih Memanah Untuk Anak, Dilantik Wajah Ikon Muezza Archery Proshop - "Saya Tertarik Dengan Konsep..."
HIBURAN
Tak Sempat Tarik Nafas! Wali Band Buat Penonton 'Goyang' Sampai Hujung Konsert Jiwa Kacau 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hadiahkan Cermin Mata Untuk Bodyguard Cik B, Netizen Tersentuh Hati Tengok Kacak - “Aku Rasa Kacak Ni…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
24/04/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Hadiahkan Cermin Mata Untuk Bodyguard Cik B, Netizen Tersentuh Hati Tengok Kacak - “Aku Rasa Kacak Ni…”

Anak kepada usahawan, Datuk Seri Vida iaitu Kacak menarik perhatian warganet apabila membuat kejutan untuk pengawal peribadi kakaknya.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok, Kacak atau Muhammad Eric Zaquan dilihat membelikan sepasang cermin mata hitam baharu buat pengawal peribadi Cik B yang dikenali sebagai Faris.
“Ini untuk Abang Faris..sesuai untuk bodyguard. Jaga kakak saya baik-baik,” katannya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Vida juga memberitahu bahawa dia meminta anaknya beli cermin mata baharu itu untuk dirinya sendiri namun Kacak lebih memilih untuk menghadiahkan kepada Faris.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh hati melihat tindakan Kacak yang dipercayai lahir daripada rasa rindu mendalam terhadap sosok seorang abang dalam hidupnya.
“Kacak rindu abg kann.. X apa kacak.. minta bodyguard Cik B jd abang tumpang eaa.
“Aku rase kacak ni rindu arwah abg² dia.tu dia anggap bodyguard cik b tu mcm abg dia.
“Kacak teringin nk ada abg cam abg kandung.
“Mungkin kacak teringat arwah abang-abangnya. Kasih seorang adik.

“Boleh kacak tumpang kasih sayang, dia rindu abang-abang dia.

“Dia panggil ‘abang’, bagus kacak ni anak yang soleh dan hormat orang tak kira pangkat.

“Sebak pula dengan kebaikan Kacak. Mesti Kacak rindu dekat arwah abang-abang dia,” komen warganet.

Sekadar info, dua cahaya mata Vida iaitu Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh pada Ogos 2013.

Topic Berkaitan
#Datuk Seri Vida
#Kacak
#DSV
#Cik B
#Bodyguard Cik B
#Faris
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement