,
Hiburan

Hadapi Masalah Kesihatan, Sufian Suhaimi Mengaku Berasa Tekanan

Zulaikha Yusof
01/02/2019
09:40 MYT
Penyanyi Sufian Suhaimi akui berasa tekanan dengan masalah kesihatan yang dihadapinya menjelang Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33).
Menurut Sufian dia berasa takut dengan keadaan dirinya yang tidak mampu memenuhi tuntutan ketika persembahan nanti.
"Saya mula dengan demam sehingga mengakibatkan tekak berdarah sejak minggu terakhir bulan Disember tahun lalu.
"Tekanan untuk saya melakukan persembahan nanti lebih kepada faktor kesihatan.
"Saya takut keadaan kesihatan tidak sihat sepenuhnya serta persembahan tidak seperti yang dibayangkan nanti," katanya kepada Gempak.
Tambah pelantun lagu Di Matamu, dia akan menjaga pemakanan untuk tempoh minggu ini.
"Saya tidak la sampai tahap minum air asam jawa setiap hari.
"Saya akan menjaga dari segi pemakanan, tidak la sesuka hati je. Makanan pedas akan saya elakkkan.
"Kalau makanan itu saya tahu tidak elok untuk tekak, saya tidak akan mengambilnya," katanya lagi.
Selain Di Matamu yang merupakan ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen, pentas AJL33 turut membariskan 11 lagi finalis iaitu Sampai Bila (Misha Omar), Semakin (Siti Sarah), Tak Pernah Hilang (Amylea dan Kaer), Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jacklyn Victor), Hajat (Hael Husaini), Bunga (DeFam), Jatuh Bangun (Haqiem Rusli dan Aman RA), Haram (Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah), Kau Pun Sama (Syamel), Luluh (Khai Bahar) dan Bunga (Ara Johari).
AJL33 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari ini.
Foto: Zainul Fariz Zainul Fikri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.