gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Skandal Seks 'Uncle Red' Terbongkar
HIBURAN
CEO Astronomer, Andy Byron Diserang Spekulasi Hubungan Sulit Selepas ‘Kiss Cam’ Coldplay
HIBURAN
Hawa Rizwana Terkejut Dengar Kanak-Kanak Keluar Kata-Kata Kesat - “Baru Umur 9, 10 Tahun, Bercakap Seolah Perkara Biasa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Had Umur Belia 30 Tahun Kekal

Gempak
Gempak
18/07/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Had Umur Belia 30 Tahun Kekal

Kerajaan Persekutuan tetap dengan pendirian untuk menurunkan had umur belia kepada 30 tahun bermula 1 Jan 2026 selaras pindaan yang diluluskan Parlimen pada 2019, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Bagaimanapun beliau berkata Sarawak tidak terikat dengan perubahan itu kerana badan belia utamanya, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan bukan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

"Untuk had umur belia ini, kerajaan telah buat keputusan, tahun 2019 Parlimen telah luluskan undang-undang. Kemudian kita telah tangguh dua kali sebelum ini dan ini bermaksud sekarang ini kita dalam tempoh penangguhan tahun ketiga.

"Sarawak ada pertubuhan belia mereka iaitu SABERKAS dan tidak berdaftar di ROY. SABERKAS berdaftar di ROS (jadi) memang dia tak perlu ikut. Bawah ROS tak ada had umur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pickleball Asia 2025.

Hannah menegaskan bahawa pindaan umur belia kepada 30 tahun adalah langkah yang selaras dengan trend global yang semakin menumpukan kepada golongan muda.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah sebelum ini berkata Sarawak mempunyai kuasa untuk menetapkan had umur belia di peringkat negeri,

Negeri itu juga tidak bercadang untuk mengikuti ketetapan kerajaan Persekutuan dan mengekalkan had umur belia antara 15 hingga 40 tahun.

Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement