,
Laman Utama

GV9: Status Netizen Bandingkan Vokal, Shila Amzah Akui Tertekan… Diserang Anxiety Atas Pentas “Pandangan Jadi Gelap, Tangan Menggigil”

Asyikin Mayudin
17/10/2022
13:55 MYT
Tindakan netizen membuat perbandingan vokal Shila Amzah dengan penyanyi lain di laman sosial baru-baru ini mendapat teguran peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) itu.
Menganggap kecaman paling teruk yang dialami sepanjang berada di pentas GV9, Shila berkata individu tersebut seakan-akan sengaja mahu mengotorkan namanya.
“Sebelum ini saya pernah cakap kalau ada benda apa-apa yang tindak tanduk peminat yang saya kenali, saya akan tegur secara direct. Tak kira kalau diorang suka saya, lepas tu tak… saya tak kira.
“Saya akan terus tegur benda yang dia lakukan yang saya tak suka. Peliknya, dia tak follow saya pun. Mungkin dia sengaja nak kotorkan nama saya dan pecah belahkan dengan artis lain…. tak baik!
“Sepanjang lima minggu saya dalam GV9, saya rasa itu la yang paling teruk saya pernah kena. Bila artis kesayangan mereka kena macam itu, saya faham. Tapi cari la tahu benda itu betul-betul, ni mungkin akaun palsu! Kenapa layan?” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Shila mengakui rentetan daripada status itu membuatkan dia menjadi tertekan sehingga mengalami serangan panik di atas pentas buat pertama kali pada konsert minggu keempat GV9.
“Bila macam ini berlaku, saya tak dapat nak enjoy persembahan saya minggu seterusnya. Malah minggu lalu saya jadi depress sebab terlalu stres sebabkan rentetan itu.
“Sampai la minggu keempat, saya kena anxiety atas pentas… benda tak pernah berlaku. Sejujurnya ia sangat mengerikan untuk saya. Pandangan saya jadi gelap dan tangan jadi menggigil.
“Saya tak boleh nak bernafas dengan betul. Saya memang tak boleh buat apa, lepas buat persembahan, turun bawah dan tukar baju. Tak boleh nak buat interview pun dan tak boleh jumpa orang,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

Kongsi Video BTS Fitting Busana Bentuk Hati, Gelagat Aina Abdul Buat Netizen Terhibur - “Punya Lah Berat Benda Tu…”

gempak
17/11/2024
03:55 MYT
Perkongsian video penyanyi Aina Abdul yang memaparkan momen di sebalik tabir pembikinan busana berbentuk hati yang digayakan sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-39 berjaya meraih perhatian netizen.
Unitar