,
Laman Utama

GV7: Noraniza Idris & Aju Success Markah Sama, Ini Recap Dan Komen Juri Di Konsert Kedua

Mya Amri
19/10/2020
12:27 MYT
Konsert kedua Gegar Vaganza 7 (GV7) berakhir apabila Haslinda diumumkan sebagai bintang pertama yang tersingkir.
Dengan tema ‘Sama Naik’, 14 bintang GV7 menyampaikan lagu tugasan masing-masing dengan penuh semangat.
Muss yang menyampaikan lagu ‘Cinta Kristal’ nyanyian asal Rahim Maarof mengungguli tempat teratas dengan markah sebanyak 80.00 peratus.
Manakala Haslinda menduduki tangga terakhir dengan markah sebanyak 49.70 peratus.
Sementara itu di awal rancangan Linda Nanuwil diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi apabila mendapat undian tertinggi di laman web Astro Gempak sepanjang minggu ini.
Anugerah CUCKOO Healthy Home pada minggu kedua menjadi milik Ashira yang menyanyikan lagu Sempurna selepas menerima kicauan (tweet) dengan undian hashtag paling banyak di media sosial sepanjang siaran langsung.
Dalam pada itu segmen Kongsi Rezeki menyaksikan vokalis Freedom, Shuaib menerima RM10,000 sumbangan Farm Fresh dan Astro.
Persembahan bintang pada konsert kedua dinilai oleh juri tetap GV7, Datuk Ramli Ms dan Khatijah Ibrahim manakala juri jemputan pula adalah penyanyi, Jay Jay.
Mungkin ada yang terlepas, apa kata jom imbas kembali komen-komen padu yang diberikan juri kepada bintang-bintang GV7.
1.Muss - Cinta Kristal (80.00%)
“Mantapnya Mus! Suka atitude awak, so professional. Awak bawakan lagu dan beri gaya awak sendiri,” - Datuk Khadijah Ibrahim
2.Linda Nanuwil – Mungkinkah (69.70%)
“Banyak kredit saya harus bagi dekat awak. Awak buat bnda bijak, awal-awal persembahan tak ada bass, gitar, hanya ada awak dan keyboard. Jadi awak deliver sebab part itu range rendah. Lagi satu tone macam awak jarang kita dapat dekat penyanyi perempuan. Awak punya high pitch pun bagus. Macam saya tgk K-Pop punya show! Persembahan yang sungguh baik,” - Jay Jay.
3.Cliff Umar – Hanyut (68.50%)
“Fantastic perfomance, ini adalah identiti awak. Please keep please keep it up, awak adalah perfomer. Awak ada semuanya,” - Datuk Khadijah Ibrahim.
4.Ashira – Sempurna (68.00%)
“I need you pegi level lebih tinggi, sebutan kamu kena habiskan, hujung tak tekan. N tak dengat K tak dengar. Nafas perlu lebih kuat bila kena reach note yang tinggi,” - Datuk Ramli Ms.
5.Oja - Sepenuh Hati (67.90%)
“Permulaan lagu range rendah ada masalah sikit tapi tak banyak, pitching dan flat. Tapi mid dengan high range awak selesa. Lagi satu suara awak ni boleh tembus, ada power. Bagus. Overall saya puas hati. Good job,”- Jay Jay
6. Nomad - Bila Tiba (64.60%)
“Awak seorang penyanyi ada pekej, kenapa berhenti menyanyi? Awak menjiwai lagu ini begitu mendalam. Awak faham lagu ini dan sampaikan dengan begitu baik,” - Datuk Khadijah Ibrahim.
7.Aju Success – Sambutlah Kasih (64.50%)
“Saya terhibur. Saya rasa lagu ni pilihan yang tepat untuk Aju. Cara awak sampaikan macam seolah-olah lagu awak sendiri. Very good, nasihat saya cari lagu yang sesuai dengan suara kita, sebab bukan semua lagu yang kita boleh bawa dengan baik macam ni, tahniah,” - Jay Jay
8. Noraniza Idris - Akulah Kekasihmu (64.50%)
“14 tahun dah menyanyi depan saya. Apa yang Tuhan beri saya tak menjuri. Kamu menyanyi malam ini agak bagus kamu punya emosi. Paling penting kamu menyanyi cara kamu, saya happy untuk kamu. Kita ada banyak minggu lagi saya harap awak boleh mewarnai lagu dalam pop,” - Datuk Ramli Ms.
9.Ayu Damit – Ke Hujung Dunia (64.00%)
“Nyaris Scooby Doo. Kamu betul-betul menyanyi lagu ni. Sebab ada benda-benda yang kamu kena faham. Lagu ini besar. Kamu ada benda itu jadi more daring lagi, carefull benda Scooby Doo tu,” - Datuk Ramli Ms
10. Eva - Cinta Antara Benua (63.40%)
“Menghiburkan, ada sikit-sikit salah but it’s okay. Kita tak boleh nak minta sempurna harmoninya tapi minggu depan cuba sebaik mungkin,” - Datuk Khadijah Ibrahim.
11.Rozita Izlyn – Hajat (62.70%)
“Saya terhibur, selalunya kita akan turun key, ni original key. Tahniah saya ucapkan. Ini yang saya perasan, selalunya kalau penyanyi perempuan mereka selepas lahirkan anak kebanyankkan mereka akan turunkan key sebab susah nak dapatkan nada tinggi. Saya puji awak. Saya terhibur good job,” - Jay Jay
12. Yantzen – Duit (62.10%)
“Persembahan yang bagus, penghibur setiap minggu ini yang kita inginkan,” - Datuk Khadijah Ibrahim
13.Indigo - Hadirlah Kasih (51.90%)
“Boleh tak overcome stage fright, sebab gementar banyak ganggu nyanyian. Depan ada terkucil, second voice merapu, kena overcome benda itu,” - Datuk Ramli Ms
14.Haslinda - Kerana Terluka (49.70%)
“Saya tak ada masalah dengan high register, tapi saya ada banyak masalah dekat low register. 1,2,3, dari segi tempo, suka kata. You are struggling,” - Datuk Ramli Ms
BACA: Haslinda Bintang Pertama Tersingkir, Tiada Lagi Cinderella di Pentas GV7
BACA: Corat-Coret GV7: Angin Pasang Nabil, Ayu Scooby-Doo, Dan Baju Linda Tersangkut
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Illa Sabry Hampir Tersingkir, Liza Aziz Juara Minggu Pertama

gempak
24/11/2024
16:20 MYT
Konsert pertama Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menyaksikan penyanyi Liza Aziz mendapat markah paling tinggi dan sekaligus meletakkannya di tempat pertama.
gegar-vaganza-11

GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

gempak
22/11/2024
11:25 MYT
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
gegar-vaganza-11

GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”

gempak
18/11/2024
13:55 MYT
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
Unitar