,
Hiburan

GV2019: “Saya Akui Ada Buat Silap” - Hampir Tersingkir, Mazleela Bersyukur Diberi Peluang Kedua

Azwa Rahman
14/10/2019
02:00 MYT
Peserta Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Mazleela mengakui ada melakukan kesilapan ketika persembahan lagu Tabah pada konsert GV2019 malam tadi.
Menurut Mazleela, dia berdepan gangguan teknikal yang berpunca daripada alat pendengaran atau ‘earpiece’ di telinganya yang tidak kedengaran.
“Kalau perasan, rangkap ketiga saya menyanyi dah bunyi lain. Saya memang dah tak dengar muzik waktu tu dan tak boleh nak buat apa melainkan main nyanyi sahaja.
“Saya reda berada di kedudukan paling bawah antara semua peserta tetapi kita tak boleh tunjuk lemah depan penonton,” kata Mazleela kepada Gempak.
Mazleela ditemui ketika selesai melakukan persembahan pada konsert pertama GV2019 di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad.
Memperoleh markah tercorot sebanyak 46.67 peratus daripada juri tetap GV2019 Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan Ella, Mazleela syukur diberikan peluang kedua membawakan lagu Apa Khabarmu Di Sana nyanyian Ramlah Ram pada minggu depan.
“Orang boleh buat andaian saya memberikan pelbagai alasan kerana masalah teknikal tapi saya yang menyanyi waktu tu tahu apa yang saya alami.
“Bila kita masuk sesuatu pertandingan, mesti ada perasaan takut dan gementar. Atas pentas mungkin nampak bersahaja tapi dalam hati Tuhan sahaja yang tahu,” ujarnya lagi.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
Produk yogurt Farm Fresh Malaysia bagus untuk mengawal berat badan kerana ia merendahkan selera makan dan memberikan rasa cepat kenyang.
GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Bulan Asyraff Teratas, Seorang Peserta Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Kelima Semua Peserta

gempak
25/08/2024
21:55 MYT
Peserta Bulan Asyraff unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu kelima Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Alat Kemaluan Terkena Palang Punca Atlet Perancis Tersingkir

gempak
05/08/2024
05:55 MYT
Atlet lompat bergalah Perancis, Anthony Ammirati, melihat impiannya di pentas Sukan Olimpik Paris berakhir dengan faktor yang tidak masuk akal.
the-hardest-singing-show

THSS: Menjadi Yang Pertama Tersingkir, Kaka Azraff Gembira Dapat Cuba Banyak Benda - “Ini Bukan Pengakhiran”

gempak
03/06/2024
01:55 MYT
Konsert minggu keempat The Hardest Singing Show (THSS) telah menyaksikan Kaka Azraff telah menjadi peserta pertama yang tersingkir.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: “Saya Tak Pernah Dengar Aliff Menyanyi Dengan Banyak Kesalahan Seperti Ini” - Ramli MS

gempak
27/11/2023
00:25 MYT
Tok Ram kata Aliff nampak tak okay.