,
Berita

Gunung Berapi Di Iceland Kembali Meletus

Gempak
23/08/2024
06:09 MYT
Gunung berapi di Semenanjung Reykjanes, barat daya Iceland, meletus lagi pada Khamis menandakan letusan keenam di kawasan itu sejak Disember 2023.
Kejadian berlaku pada 9.26 malam waktu tempatan (2126 GMT), susulan siri gempa bumi yang bermula pada 8.48 malam (2048 GMT) di kawasan kawah Sundhnuks, lapor Xinhua.
Menurut organisasi penyiaran perkhidmatan awam kebangsaan Iceland, RUV memetik Pejabat Meteorologi Iceland memaklumkan aktiviti seismik turut dilaporkan di hujung utara kawah termasuk gempa bumi berukuran 4.0 pada skala Richter sekitar 11.30 malam waktu tempatan (2330 GMT).

BERITA TRENDING: Pelancong Bertumbuk Rebut Pemandangan Terbaik Untuk Selfie Di Gunung Everest

BERITA TRENDING: Tanah Runtuh Di Kawasan Gunung Kinabalu, Tiada Mangsa Dicatatkan

BERITA TRENDING: Pendaki ‘Tersidai’ Di Tebing Gunung, Pihak Pengelola Tersalah Kira Pengunjung

BERITA TRENDING: Letusan Gunung Ruang: MAS, AirAsia Batal Penerbangan Kuala Lumpur Ke Sabah Dan Sarawak

Pakar dari Pejabat Meteorologi Iceland, Benedikt Ofeigsson memberitahu RUV bahawa letusan kali ini serupa dengan dua letusan sebelumnya.
ISAVIA, penyedia perkhidmatan lapangan terbang dan navigasi udara Iceland, mengesahkan bahawa aktiviti gunung berapi itu tidak mengganggu perjalanan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik, yang terletak di hujung Semenanjung Reykjanes.
Sejak 2021, Semenanjung Reykjanes menyaksikan peningkatan aktiviti seismik, termasuk beberapa letusan gunung berapi.
Letusan terakhir di Semenanjung Reykjanes berlaku pada 29 Mei.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).