,
Viral

Guna Taktik Kopi Campur Racun Tikus, Wanita Ditahan Polis Cuba Bunuh Anak Tiri

Firdaus
09/05/2024
05:55 MYT
Seorang ibu tergamak meracuni anak tirinya yang berusia 11 tahun dengan kopi sachet yang dicampur dengan racun tikus.

Kejang Selepas Minum Kopi

Dalam kejadian yang berlaku di Rokan Hilir, Riau, Indonesia, kanak-kanak yang dikenali sebagai Baihaki mengelami kekejangan selepas meminum kopi susu yang diberikan oleh ibu tirinya, Riwanti, 35.
Menurut Ketua Polis Daerah Rohil, Andrian Pramudianto berkata kejadian itu terjadi semasa ayah mangsa tidak berada di rumah di mana kanak-kanak itu ditinggalkan bersendirian bersama ibu tirinya.
“Pada mulanya, bapa saudara mangsa, Masmin dihubungi isterinya pada 5 Mei lalu kira-kira jam 12.00 bahawa mangsa diserang sawan.
"Ketika dihubungi, Masmin sedang bekerja di luar,” ujarnya.
Problem rumah tangga, Ibu tiri tega racuni anak tiri di Simpang Pujud, Riau
Kejadian di Dusun Bakti, Sungai Daun, Simpang Pujud, Bagan, Riau, seorang ibu tiri tega memberi minuman yg berisi r4cun tikus terhadap anak tirinya. pic.twitter.com/i07QF0oh0S— Sutan Mangara Harahap (@sutanmangara) May 8, 2024 Susulan khabar buruk tersebut, bapa saudara mangsa lantas pulang dan menyoal isterinya tentang keadaan yang menimpa kanak-kanak berkenaan.
Isteri kepada bapa saudara mangsa menerangkan bahawa Baihaki mengalami sawan selepas diberi minum air kopi yang diberi oleh ibu tirinya.
“Kemudian bapa saudara mangsa segera membawa mangsa ke Hospital Ibu di Bagan Batu, tempat mangsa dirawat dan berjaya diselamatkan,” jelas Andrian.

Ibu Tiri Ditahan

Suspek bagaimanapun telah berjaya ditahan selepas pihak hospital mengesahkan bahawa kopi yang diberi mempunyai kandungan racun tikus.
Dalam pada itu, suspek turut mengaku melakukan perbuatan kejam itu terhadap anak tirinya. Namun, motif jenayah tersebut dilakukan masih lagi dalam siasatan pihak polis.
“Pelaku mengaku telah memberikan sebotol Kopi Golda yang telah dicampur dengan dua bungkus racun tikus Timex. Motif masih disiasat,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…

BERITA TRENDING: Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Sumber: Merdeka.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.