,
Laman Utama

Guna Pengaruh Iman Troye, MK, PTTI Terima Anugerah Di Dubai! - "Kejayaan Ini Penanda Aras Baharu ..."

Amri Hassan
24/03/2022
01:34 MYT
Usaha murni pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, termasuk merangsang minat belajar dalam talian menerusi aplikasi diperkenalkan diiktiraf di pentas global.
Ternyata aplikasi pembelajaran dalam talian dipanggil PTTI: Better Result yang dipromosikan tahun lalu memberi manfaat kepada ramai pelajar.
Menerusi persidangan dipanggil Education 2.0 yang menghimpunkan ramai pejuang ilmu dan akademik itu, pusat ilmiah berkenaan dinobatkan sebagai penerima Education 2.0 - Best Companies Award.
Majlis yang berlangsung di Intercontinental Dubai Festival City, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu mencatat kejayaan bermakna sekali gus menjadikannya sebagai aplikasi pembelajaran kebanggaan Malaysia pertama menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Tak ketinggalan, pengiktirafan yang diterima pada 23 Mac lalu dinilai kepada sumbangan PTTI dalam menyediakan platform untuk rangkaian dan perkongsian ilmu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana memanjat kesyukuran dan rasa bangga kerana usaha mereka dipandang di peringkat antarabangsa.
"Kejayaan ini menjadi penanda aras baharu kepada kami dalam terus memastikan niat membangkitkan sektor pendidikan di tangga paling utama. Kejayaan ini juga hasil kerja keras dan usaha pasukan kami yang menjadi nadi di sebalik susur galur kembara perjalanan PTTI.
"Tak dilupakan kepada tulang belakang, mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman, ibu bapa, keluarga tersayang dan teman.
"Pengiktirafan ini juga bukan penamat untuk kami statik di zon selesa. Perjuangan menyebar ilmu ini takkan pernah berakhir," kata Cikgu Fana.
Tambahnya, visi dan misi pusat ilmiah itu untuk menjadi syarikat berasaskan pendidikan dan teknologi atau disebut edutech tetap berpaksikan tiga prinsip utama.
"Pertama, kami mahu terus memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar dengan tangkas dan fleksibel. Kedua, kami juga mahu terus berinovasi untuk kualiti pendidikan yang lebih baik.
"Ketiga, untuk memastikan kami terus menyampaikan hasil terbaik demi kecemerlangan pelajar. Secara rumusannya, kami juga mengubah masa depan dan memberi impak kepada pendidikan 1 bilion pelajar seluruh dunia demi hasil dan kehidupan lebih baik," katanya lagi.
Selain Cikgu Fana, kunjungannya ke Dubai sejak 21 Mac lalu turut ditemani lima lagi yang lain termasuk Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali (Cikgu Habib).
Untuk pengetahuan, pengiktirafan berkenaan dinilai daripada lima sudut termasuklah reputasi dibina, aspek kreatif, pandangan kewangan, berdaya saing dan berkepimpinan tinggi.
Penilaian dibuat berdasarkan pertimbangan serta penyelidikan teliti juga tidak syak lagi menyebelahi pusat ilmiah itu untuk diangkat sebagai penerima pengiktirafan terbabit.
Pusat ilmiah itu bermula secara tidak rasmi sekitar tahun 2014. Bagaimanapun pada tahun 2016, pusat berkenaan menjadi semakin agresif dalam terus memberi manfaat kepada pelajar.
Sepanjang tempoh kewujudan, pusat ilmiah itu turut menggunakan golongan berpengaruh yang cemerlang dalam akademik seperti Mira Filzah dan terbaru Iman Troye dan MK K-Clique sebagai duta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Dubai Lancar Teksi Udara Menjelang 2026

gempak
19/09/2024
06:55 MYT
Dubai dijangka memperkenalkan perkhidmatan 'teksi udara' menjelang suku pertama 2026, menurut pengarah teknologi pengangkutan di Dubai Roads and Transport Authority (RTA), Khaled Al Awadhi.
Hiburan

Serasi Tak Dibuat-Buat, Iman Troye Selesa Adib Ada Dalam MV Bunga Kemboja - "Lagu Ini Memang Berdasarkan Kisah Sebenar"

gempak
16/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi muda, Iman Troye berkongsi bahawa lagu Bunga Kemboja yang dilancarkan baru-baru ini merupakan sebuah lagu yang ada kena mengena dengan percintaanya yang terdahulu.
Hiburan

Tiada Hubungan Istimewa, Adib Hanya 'Hero' Dalam Muzik Video Iman Troye

gempak
02/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan juga usahawan muda, Adib Aidil  menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyi, Iman Troye.
Hiburan

Belum Reda Isu Rogol, Wanita Dedah Diganggu Da’i Syed Ketika Isteri Sarat Mengandung, Siap Ajak Ikut Pergi Dubai?

gempak
01/09/2024
07:03 MYT
Belum pun reda kisah bersalah rogol wanita, timbul pula satu lagi pendedahan mengejutkan di media sosial membabitkan pendakwah Da’i Syed.
Drama

Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

gempak
06/08/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.