,
Hiburan

Guna Mayat Sebenar Dalam Penggambaran, Pierre Andre Kongsi Kisah Mistik – “Katanya Ada Roh Yang Tak Tenteram Ikut Balik”

Khairil Khusyairi
30/07/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengarah Pierre Andre berkongsi pihak produksi dalam filem terbaharu arahannya yang berjudul Paradoks menggunakan mayat sebenar bagi tujuan penggambaran.

Kisah Pengawet Mayat

Bercakap kepada Gempak, Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, berkata, filem tersebut mengisahkan tentang individu yang bekerja sebagai pengawet mayat.
“Filem tersebut saya jadi pelakon utama selepas saya tak dapat pelakon yang saya mahukan.

“Dalam filem tersebut, ia menceritakan tentang orang yang membedah mayat atau embalmed. Orang yang mengawet mayat. Kita menggunakan mayat betul untuk penggambaran tersebut.

“Kita dapat dua mayat betul untuk lakukan penggambaran,” ujarnya kepada Gempak.
Pierre ditemui pada majlis tayangan trailer dan runut bunyi rasmi (OST) bagi filem terbaharu arahannya iaitu Jangan Pandang Belakang 2, baru-baru ini.

Masih Diganggu

Kongsi Pierre, dia mendedahkan mengalami gangguan mistik selepas menjalani penggambaran tersebut biarpun penggambaran sudah berakhir dua tahun lalu.
Malah, Pierre berkata dia masih menerima gangguan mistik tersebut hingga ke hari ini.
“Selepas itu macam-macam gangguan yang saya hadap. Sehingga hari ini masih ada gangguan itu.

“Antaranya seperti benda bergerak sendiri, botol wangian tiba-tiba jatuh dan seperti ada orang berjalan di rumah.

“Bila tanya ustaz, katanya ada roh-roh yang tak tenteram ikut balik,” kongsinya.

Berat Hati Tinggal Anak

Dalam pada itu, mengenai kemunculan semula selepas menyepi dalam industri, Pierre akui berat hati untuk meninggalkan anak-anak apabila keluar bekerja.
“Selepas 10 tahun saya hilang, saya kembali semula dan saya rasa nak jadi seorang pengarah yang lebih matang.
“Untuk merasakan susah ketika di set itu tidak menjadi kesalahan cuma saya seorang yang rapat dengan anak-anak saya. Berjauhan dengan mereka buat saya berat hati untuk tinggalkan mereka.

“Nak tinggalkan mereka, ia rasa pelik, sedikit memberi tekanan kepada saya apabila bekerja,” ujarnya.

Filem Jangan Pandang Belakang 2 yang dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Emma Maembong, Iedil Dzhurie Alaudin, Mawar Rashid, Khatijah Tan, Cat Farish dan Alif Hadi bakal ditayangkan di pawagam pada November depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pierre Andre Rasa Bebas Tanpa ‘Handphone’ Sejak 10 Tahun Lalu - “Siapa Nak Hubungi Saya, Kena…”

ARTIKEL BERKAITAN: Produksi Paku Tanah Jawa 'Diganggu' Ketika Shooting Dalam Hutan Yogyakarta! - "Ada Babak-Babak Ritual Dilakonkan..."

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Alami Kejadian Mistik, Setanggi, Dawai, Kemenyan Antara Barang Yang Pernah Keluar Daripada Badan Aeril Zafrel

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar