gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
HOLLYWOOD
Tom Cruise Pegang Rekod Dunia Buat Terjunan Payung Terjun Terbakar
VIRAL
"Itu Jalan Pertama & Terakhir..." - Pilu, Abang Reda Pemergian Adik Sekeluarga Nahas Di Jerantut
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Gula-Gula Kenyal ‘Gummy Eyeball’ Mampu Sekat Saluran Pernafasan, Sukar Dikeluarkan Jika Tersedak

gempak
Khairil Khusyairi
21/02/2025
16:50 MYT
Sponsor Banner
Gula-Gula Kenyal ‘Gummy Eyeball’ Mampu Sekat Saluran Pernafasan, Sukar Dikeluarkan Jika Tersedak
Laman Public Health Malaysia (PHM) menekankan gula-gula kenyal ‘gummy eyeball’ yang tular kini mampu menjadi 'penyendal' saluran pernafasan kanak-kanak yang sempurna.

Ciri-Ciri Gummy Yang Bahaya

PHM turut mengulas lanjut ciri-ciri gula-gula kenyal itu merbahaya dan tidak sepatutnya dijual dalam pasaran.

“Gula-gula ini mungkin nampak menarik dan menyeronokkan, tetapi ia boleh menjadi perangkap maut kerana ia adalah penyendal saluran pernafasan kanak kanak yang sempurna.

“Kenapa gummy eyeball sangat berbahaya? Tekstur licin dan kenyalnya dengan mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah.

"Bentuk bulat dan besar menyebabkan jika tidak dikunyah sempurna, ia boleh tersangkut di saluran pernafasan,” kongsi laman itu di X.

Laman itu turut menjelaskan gula-gula kenyal tersebut sukar dikeluarkan dari saluran pernafasan sekiranya kanak-kanak tersedak.

"Sukar dikeluarkan jika tersedak, sangat berbeza dengan makanan keras yang boleh dihentak keluar, gula-gula ini melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya.

"Risiko lebih tinggi pada kanak-kanak kecil dan belum pandai mengunyah dengan betul selain lebih mudah panik jika tercekik," katanya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terutamanya mahu penjualan gula-gula kenyal tersebut diharamkan.
Terdahulu, seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan akibat tercekik gula-gula kenyal yang dibeli di luar kawasan Kelas-Quran dan Fardhu 'Ain (Kafa), Sungai Dua, Butterworth.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa dikatakan rebah ketika hendak ke tandas sebelum gurunya menghubungi pasukan perubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ada Air Mata Bertakung Di Matanya..." - Fahmi Hembus Nafas Akhir Di Sisi Keluarga, Tenang Selepas Bisik Syahadah

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-Kanak Tercekik Gula-Gula Kenyal Meninggal Dunia

Topic Berkaitan
#Kesihatan
#Makanan
#Gula-Gula
#Gummy
#Pernafasan
#Risiko
#tersedak
#Kenyal
#Eyeball
Must-Watch Video