,
Hiburan

#GTheUntoldStory: Wajah-Wajah The Most Wanted #GMWA23!

Gempak
27/02/2024
01:59 MYT
Memasuki tahun kedua penganjuran, anugerah ulung Gempak Most Wanted Awards (GMWA) melahirkan barisan pemenang dalam kalangan selebriti dan pempengaruh dengan penuh kredibiliti.
Bintang cantik yang namanya mekar harum bukan hanya di Malaysia tapi mempunyai empayar peminat di Indonesia, Anna Jobling mengungguli Gempak Most Wanted 2023 dengan tiga anugerah termasuk Rambut Tetap Boom, Selebriti Tergempak dan Drama Tergempak.
Bersama Anna, para pemenang kategori lain Gempak Most Wanted 2023 berkongsi keterujaan mengenai pencapaian yang dilakar di awal tahun 2024.

Anna Jobling, Si Gempak Most Wanted Kaut Empat Trofi!

Pelakon jelita, Anna Jobling yang mengungguli jumlah undian tahun ini sejujurnya terkejut dengan pengiktirafan yang diterimanya. Kejayaan Anna membuktikan kekuatan peminatnya dari Malaysia dan Indonesia masih utuh!
Selain dinobatkan sebagai penerima anugerah utama Gempak Most Wanted, Anna turut menerima tiga lagi trofi bersama iaitu Selebriti Digital Tergempak, Drama Tergempak (Melur Untuk Firdaus 2) dan Rambut Tetap Boom (Sunsilk).
“Apabila dimaklumkan undian saya 25 peratus daripada 6 juta undian keseluruhan membuatkan saya terkejut serta bersyukur dengan pengiktirafan ini.
“Ini juga rezeki kepada peminat yang tidak jemu bersama saya dari dulu hingga sekarang,” katanya.

BERITA TRENDING: #GMWA23: Dandanan Watak Aileen Bawa Tuah, Anna Jobling Raih Anugerah Drama Rambut Tetap Boom Menerusi…

BERITA TRENDING: #GMWA23: Paling Berpengaruh Merentas Nusantara, Selebriti Digital Tergempak Milik Anna Jobling
BERITA TRENDING: #GWMA23: Gandingan Meerqeen & Anna Jobling Masih Hangat, Melur Untuk Firdaus 2 Dinobat Drama…
BERITA TRENDING: #GMWA23: Raih 1.5 Juta Undian, Gempak Most Wanted Milik Anna Jobling!

Dr Say, Digital Content Creator (Motivator) Tergempak!

Persaingan antara calon lima terbaik dalam kategori sama membuktikan kandungan digital berkonsepkan motivasi di ruang maya sentiasa dinanti-nantikan warganet. Dr Say punyai kekuatan versatiliti dalam penyampaian wadah di plaftorm digitalnya sepanjang masa, tidak hanya tertumpu pada bidang perubatan, buah fikiran beliau diluaskan dalam pelbagai skop kehidupan dan alam rumah tangga.
“Memang sangat teruja, saya punya pesaing sangat layak sebab masing-masing semua profesional.
“Alhamdulillah, rezeki. Terima kasih kepada pengikut saya, tanpa mereka, tiada la ini (trofi),” ujarnya.

BERITA TRENDING: #GMWA23: Sering Berkongsi Isu Kekeluargaan & Kesedaran Autism, Dr Say Ungguli Digital Content Creator…

Rahman Chea, Content Creator Hiburan Tergempak

Sentiasa positif menghasilkan kandungan digital hiburan di platform digital, usaha Rahman Chea membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori terbabit.
“Tak sangka boleh menang, sebab dah standby kalah. Nama-nama calon lain boleh tahan, sebab mereka dah lama. Kami pula masih baru, jadi memang tak pernah terfikir sampai ke sini,” ujarnya.

BERITA TRENDING: #GMWA23: Rahman Chea Pikat Hati Peminat, Bawa Pulang Trofi Content Creator Hiburan Tergempak

Amin & Abid, Content Creator Lifestyle Tergempak

Si kembar genius yang pernah mencuri tumpuan dalam rancangan INNOVATHON tahun lalu terus aktif menghasilkan kandungan digital yang bermanfaat. Kreatif dan jujur dalam berkarya tidak pernah mengkhianati hasil yang dituai Amin dan Abid!

“Masa mula-mula nama disebut tu kami memang tak sangka langsung. Kami jangkakan legend seperti Che Nom, Auntie Purple, Nelysa Norazlan dan Ow To The Zie.
“Tahun lepas kami tengok Ryan Bakery yang dapat, tahun ini kami pula pegang award ni rasa macam bersyukur sangat,” ujarnya.

BERITA TRENDING: #GMWA23: Amin & Abid Tewaskan Che Nom, Rangkul Trofi Content Creator (Lifestyle) Tergempak!

Aina Abdul, 'Jangan Mati Rasa Itu' Lagu/Audio Tergempak

Si pemilik suara emas, Aina Abdul menghadiahkan Aination dengan trofi Lagu/Audio Tergempak menerusi lagu berhantunya 'Jangan Mati Rasa Itu' seminggu sebelum mempertandingkan karya sama dalam Anugerah Juara Lagu ke-38.

“Saya menganggap rezeki hari ini adalah untuk kelab peminat saya. Saya tahu mereka undi hari-hari.
“Mengingatkan semua orang dalam group untuk undi hari-hari. Kadang-kadang saya lupa nak promote, mereka personally ingatkan saya. Jadi, anugerah ini untuk mereka,” katanya.

BERITA TRENDING: #GMWA23: Jangan Mati Rasa Menambat Hati Peminat, Berjaya Dinobat Lagu/Audio Tergempak

Pok Ro, Gamers Tergempak

Jauh di Pantai Timur bukan pemisah untuk jalin ukhuwah bersama peminat dan penyokong e-gamer ini. Masih pekat dengan loghat Terengganunya, Pok Ro melakar sejarah sulungnya dalam GMWA23!

“Alhamdulillah satu rezeki untuk saya, berkat doa-doa penyokong saya yang mengundi siang malam, terima kasih kepada semua sek sek penyu.
“Tak perasan pun sebenarnya ada peminat ramai tapi sorakan tu kuat yang diberikan masa dapat anugerah… Saya berterima kasih sangat pada mereka,” ujarnya.

BERITA TRENDING: #GMWA23: Anak Terengganu Menang Boh! Pok Ro Bawa Pulang Trofi Gamers Tergempak

Selagi Ku Ada, Khai Bahar & Nabila Razali Cipta Magis Video Muzik Tergempak

Magis kolaborasi Khai Bahar dan Nabila Razali dalam lagu Selagi Ku Ada berjaya menumpaskan empat calon terbaik tahun ini. Kualiti terbaik dan chemistry kedua-duanya dalam lagu ini terus menjulang nama mereka.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada penyokong saya dan juga Nabila Razali FC yang mengundi.
“Saya tak jangkakan kemenangan ini sebab saya rasa sepanjang berada dalam industri ini, masih lagi ada rezeki saya untuk dapat anugerah.
“Ini juga mungkin berkat saya berkolaborasi dengan Nabila. Alhamdulillah terima kasih kepada semua peminat,” ujarnya.

BERITA TRENDING: #GMWA23: Gandingan Duet Khai Bahar & Nabila Razali, Selagi Ku Ada Dinobat Video Muzik Tergempak, Kalahkan…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Ada Pihak Tak Setuju Anna Jobling Jadi Juri ‘Muzikal Lawak Superstar’ 4, Ini Respons Tuan Badan - “Ini Kali Pertama, Berikan Saya Peluang…”

gempak
13/09/2024
01:55 MYT
Sebaik sahaja Anna Jobling diumumkan sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar 4, ada dalam kalangan netizen dan pelawak senior yang berasakan kurang setuju dengan pemilihan aktres.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.
Hiburan

Amin Dan Abid Tak Akan Jadikan Rumah Sebagai Ruang Pameran- "Kami Nak Jaga Privasi Keluarga"

gempak
06/09/2024
03:55 MYT
Menurut pasangan kembar yang disamakan dengan animasi popular Disney, Phineas and Ferb itu mereka menerima dengan tangan yang terbuka bagi sesiapa yang mahu datang ke rumah namun tidak akan berkongsi lokasi rumah secara umum atas faktor keselamatan.
Hiburan

Saiful Apek Dedah Detik Cemas Maya Karin Hampir Lemas, Mata Masuk Air Laut & Klip Rambut Pula Tersangkut Pada Jaring - “Saya Yakin Insiden Itu…”

gempak
04/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pelawak Saiful Apek mendedahkan aktres Maya Karin hampir lemas ketika melakukan babak dalam air sewaktu penggambaran filem Duyung pada 16 tahun lalu.
Hiburan

Anna Jobling Bakal Jadi ‘Duyung’, Letak Kepercayaan Pada Produksi Soal Pakaian - “Saya Rasa Mereka Pun Tak Nak Orang Kecam…”

gempak
03/09/2024
23:55 MYT
Bakal memegang watak duyung dalam filem sekuel ‘Duyung: Lagenda Aurora’, pelakon Anna Jobling berkata dia sudah meletakkan kepercayaan kepada pihak produksi dalam soal pakaiannya.