,
Laman Utama

Grammy Awards 2023: Taylor Swift Menang Muzik Video Terbaik, Tewaskan Adele, Harry Styles & BTS

Maliah Surip
06/02/2023
02:20 MYT
Taylor Swift baru dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Muzik Video Terbaik dalam Grammy Awards 2023 menerusi video lagu miliknya, All Too Well: The Short Film.
All Too Well: The Short Film adalah video dengan durasi 10 minit yang diarahkan sendiri oleh Swift. Ia merupakan video yang dirakam semula dari versi yang telah dirilis pada tahun 2012 menerusi album Red.
Kemenangan itu menyaksikan penyanyi berusia 33 tahun tersebut menyingkirkan pencalonan lain yang tak kurang hebat seperti Adele (Easy on Me), BTS (Yet to Come), Doja Cat (Woman), Harry Styles (As It Was), dan Kendrick Lamar (The Heart Part 5).
Lebih membanggakan kemenangan tersebut menambah jumlah trofi yang pernah dimenangi Swift dalam Grammy menjadi 12. Namun, ini merupakan kemenangan kedua Swift dalam anugerah sama selepas memenanginya bersama Kendrick Lamar menerusi video Bad Blood pada 2014.
Kemenangan Swift kemudian ikut diraikan peminatnya yang memberi ucapan tahniah dan rasa bangga mereka di laman sosial.
Sementara itu, sejumlah pencalonan juga sudah dibacakan di Grammy Awards 2023 yang berlangsung di Crypto.com arena di Los Angeles pada Ahad.
Antaranya Tobias Jesso Jr. telah dinobatkan sebagai Songwriter Of The Year, Non-Classical di Grammy Awards 2023. Jack Antonoff pula memenangkan trofi Producer of the Year, Non Classical.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Donald Trump Didakwa 'Cipta' Gambar Palsu Taylor Swift Guna AI, Peminat Berang!

gempak
21/08/2024
04:55 MYT
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa membuat kenyataan palsu dengan mengaitkan penyanyi popular, Taylor Swift sebagai penyokongnya.
Hollywood

Tiga Konsert Taylor Swift Batal Selepas Terima Ancaman Serangan

gempak
08/08/2024
05:55 MYT
Penganjur tiga konsert Taylor Swift di Vienna minggu ini umum membatalkan persembahan itu sepas pihak berkuasa mengumumkan penangkapan individu yang merancang melancarkan serangan di Vienna.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Viral

Ceroboh Lapangan Terbang, Dua Wanita Ditahan Conteng ‘Jet Peribadi Taylor Swift’

gempak
21/06/2024
21:55 MYT
Dua wanita ditahan selepas menconteng jet peribadi didakwa milik penyanyi popular dunia, Taylor Swift yang kini berada di Eropah untuk menjayakan konsert Era Tour.